Setiap ciptaan Allah pasti ada keunikan yang tersendiri. Manusia diciptakan dengan akal, dan akal itulah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Haiwan pula ada kelebihan masing-masing. Gajah dengan belalai dan telinga yang besar, zirafah dengan leher yang panjang, harimau belang dengan kepantasan berlari dan begitu juga dengan haiwan2 yang lain. Pokok pn xkurang pentingnya. Tanpa pkokok, tiadalah oksigen and tanpa oksigen, tiadalah kita semua ni…
Hurm, sebenarnya nak cerita pasal kerengga je,, hehe… Walaupun kerengga tergolong dalam kumpulan serangga kecil, namun ia tetap makhluk Allah yang juga mempunyai fungsi yang tersendiri di alam fana ini. Kerengga juga mampu menjalankan tugas sebagai makhluk Allah dengan bzikir sepanjang masa (manusia yg sempurna kejadiannya pn kadangkala leka dan alpa dengan nikmat dunia, na’uzubillah…)
*ni la kerengga........
Pada zaman dahulu (sekitar thn 2000), ada seorang budak b’usia 11 thn yg agak nakal. Dia sangat suka makan gula2 di sekolah dan sangat suka buang plastic gula2 tersebut merata2 (sangat malas nk buang kat tong sampah). Kadang2 letak dalam laci meja, selit kat tepi tingkap, celah2 pokok bunga yg ada kat koridor tepi kelas and mane2 je la yang dia rase sesuai.
Sehinggalah pada 1 hari tu, sedang dia b’main bersama kawan2 di luar kelas (kawasan yg agak lapang), seperti biasa dia akan makan gula2, dan seperti biasa jugalah dia ‘akan’ buang plastic gula2 tu merata2. Dia pn berfikir nk buang kat mane plastik tu, nk buang dlm bakul sampah, of course la malas, tambah2 plak bakul sampah agak jauh, kat dalam kelas (sbnarnye bknlah jauh sgt pn, alasan je..!!)
Tiba2, dia terpandang pokok yg lebih kurang macam pokok bunga pagar (normally org tanam kat tepi2 rumah, nampak cam pagar). Dalam hati dia berkata, “ hurm, kalau buang kat pokok ni mesti cikgu xtau, sbb daunnya ada banyak, xnampak pn klu selit plastik gula2 kat sini, hehehe…”
*haa...cam ni la pokok pagar...=)
Sambil tersenyum, dia pn memasukkan tangan kat celah2 daun pokok tersebut dengan gaya yg tersendiri dengan harapan orang lain xperasan. Tapi Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Tiba2 dia mengaduh kesakitan kerana terasa tangannya digigit sesuatu. Rupa2nya kena gigit ngan kerengga..!!! Bukan seekor, tapi banyak la jgk ekornya… Mungkin kerengga2 tu tau budak tu nak buang sampah kat tempat dia, dia pun serang la…watchaaa….!!!
Alhamdulillah, kejadian tersebut memberi pengajaran yang sangat bermakna. Semenjak dari hari itu, budak tu pn insaf, xnak dah buang plastik gula2 merata2. Dia akan buang dalam tong sampah, klu xjumpa tong sampah, dia akan simpan dulu dalam pocket baju atau dalam beg. Dia juga xboleh tegok kalau ada orang yg buang sampah merata2, rasa macam nak marah je orang tu sambil b’kata dalam hati, “kalau ada kerengga kat situ, tentu orang tu dah kena gigit macam aku dulu…”
Begitulah, kerengga yang sekecil itu pn mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia dengan izin Allah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…..
*Walaupun masih kecil, kanak2 perlu dilatih supaya menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Jom sama2 kita jaga kebersihan, respect our environment with 3R…Reduce…Reuse…Recycle… Anda mapu mengubahnya…=)
~moga terlakar cinta di pintu syurga~
No comments:
Post a Comment