erti cinta

erti cinta
***erti cinta sebenar

Tuesday, June 7, 2011

.::teori matematik vs teori solat::.

Teori matematik? Saya bukanlah seperti Al-Khawarizmi, bapa algebra dengan pelbagai kaedah matematik yang telah diperkenalkan…. Apa yang mampu saya perkatakan hanyalah asas kepada ilmu matematik itu sendiri yang mana ianya telahpun diterima umum.

Bagaimana pula dengan teori solat? Hurm, saya juga bukanlah pakar seperti ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir dengan bukunya 'soal jawab tentang solat', tp apa yang ingin saya perkatakan juga merupakan asas kepada ilmu islam iaitu berkaitan dengan solat.

Pak Usu saya pernah mengajukan soalan teka-teki yang berbunyi “apabila satu ditambah satu, akan  jadi dua (1+1=2). Tetapi apabila satu didatangi satu, akan  mendatangkan dua puluh tujuh (1 didatangi 1 = 27). Apakah ia…???”

Apa yang kita tahu, apabila satu ditambah satu, pastilah jawapannya dua kan? Itulah asas matematik yang ingin saya perkatakan. Sejak kecil lagi kita diajar asas matematik bahawa 1+1=2. Tiada siapa yang dapat menafikannya, jika di dalam peperiksaan kita jawab 1+1=3, pasti cikgu akan tanda salah pada jawapan kita tu kan…hurmm...

Tapi apa kaitannya dengan ‘apabila didatangi satu, akan mendatangkan dua puluh tujuh’? apa pula rasionalnya..??? Itulah dia solat jemaah..!!! tentulah ada rasionalnya… cuba bayangkan anda sedang solat sorang2 di dalam surau, tiba2 anda didatangi seseorang yang juga ingin menunaikan solat. Lalu dia pun mencuit anda menandakan ingin berimamkan anda. Solat berdua juga dikatakan solat berjemaah kan? Masih ingat pesan Rasulullah S.A.W. tentang solat berjemaah?

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud “solat berjemaah lebih afdhal (baik) dari solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat.”

Itulah perbandingan antara ilmu matematik dengan solat. Sangat jauh perbezaannya. Jika kita mengejar dunia semata-mata tanpa memikirkan tentang akhirat, maka kita akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi. Mengapa? Cuba imagine bahawa dalam genggaman kita ada RM1. Tiba2 kawan kita bagi RM1 lagi, maka dalam genggaman kita sekarang hanya ada RM2. Berbeza pula apabila kita solat sendirian dengan hanya satu darjat (andaikan bahawa satu darjat/pahala ialah RM1), tiba2 kawan kita datang dan ingin solat bersama kita. Maka kedatangannya akan menjadikan kita memperoleh dua puluh tujuh darjat iaitu RM27. Yang mana lebih menguntungkan…???? Walaupun ganjarannya tidak dapat kita lihat, tetapi yakinlah dengan janji Allah. Allah tidak pernah mengecewakan hamba2 Nya.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal soleh. Mulakannya dengan  solat iaitu solat berjemaah, kerana solat adalah tiang agama. Tanpa tiang yang kukuh, maka runtuhlah agama. Dengan solat juga, kita boleh mengelakkan diri dari melakukan kemungkaran dan seterusnya mencegah kemungkaran daripada berlaku di sekeliling kita.


~moga terlakar cinta di pintu syurga~

No comments:

Post a Comment