erti cinta

erti cinta
***erti cinta sebenar

Thursday, April 21, 2011

Berikan Madu Kepadanya

“Berikan madu kepadanya…”
Terdapat satu peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan penggunaan madu dalam perubatan.
Dalam hadis sahih al-Bukhari bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu dia berkata: “saudaraku mengadu sakit perut.” Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “berikan madu kepadanya.” Kemudian lelaki itu datang kembali menemui rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda: “berikan madu kepadanya.” Lelaki itu datang buat kali ketiga, rasulullah s.a.w tetap bersabda: “berikan madu kepadanya.”
Dia datnag menemui Rasulullah buat kali keempat lalu berkata: “telah aku lakukan apa yang engkau perintahkan ya rasulullah (namun sakitnya bertambah juga).” Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah itu benar, perut saudaramu itu yang dusta, minumkannya madu.” Lalu diminumkannya madu, maka sembuhlah saudaranya.


~moga terlakar cinta di pintu syurga~

No comments:

Post a Comment