Terdapat tiga orang pahlawan Islam bernanma
Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisyam dan Ayas bin Abu Rabiah yang sama-sama
menyertai misi peperangan menentang kerajaan Rom yang dipimpin oleh panglima
Pedang Allah iaitu Khalid bin Walid.
Pedang Allah iaitu Khalid bin Walid.
Semasa peperagan tersebut, mereka telah
ditakdirkan cedera parah lantaran tindakan berani mati mereka mengucar-ngacirkan
tentera Rom. Mereka juga merupakan pahlawan yang memberikan getaran dan
ketakutan di dada musuh. Mereka ditempatkan di sebuah khemah yang menempakan
tentera-tentera islam yang cedera bagi diberi rawatan.
Khalid al-Walid datang menziarahi mereka di
khemah tersebut bagi melihat keadaan kesihatan mereka. Sedang mereka berbual,
tiba-tiba Harith yang terbaring di sebelah Ikramah berasa haus lalu meminta
air. Seorang petugas datang membawa bekas berisi air. Bekas itu diserahkan
kepada Khalid bin Walid bagi deberikan kepada Harith. Belum sempat dia meneguk
air itu, Ayas yang terbaring disebelahnya pula meminta air.
“Saya dahaga. Tolong berikan air,” rayu ayas
sambil merintih kesakitan.
Panglima Harith member isyarat supaya air itu
diberikan kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Kalid bin Walid mahu menuangkan
air ke mulut Ayas, tiba-tiba Ikramah meminta air.
Mendengar suara Ikramah, Ayas berkata, ‘berikan
air itu kepada Ikramah. Dia lebih memerlukannya daripada saya.”
Khalid bin Walid beralih kepada Ikramah. Belum sempat
dia meminum air yang diberikan Khalid, Harith pula berkata, “sya berasa dahaga.
Masih adakah air untuk saya?”
Ikramah tidak jadi meminumnya.
“berikan air itu kepada Harith,” ujarnya
Apabila Khalid bin walid berpaling kepada Harith,
dia sudah meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa saat
kemudian, Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kisah tiga panglima Islam yang lebih mengutamakan
sahabatnya daripada diri sendiri itu menaikkan semangat jihad tentera Islam
bagi bertempur dengan Rom pada keesokan harinya…
No comments:
Post a Comment