Ada seorang sahabat yang sering
membuat kelakar termasuk kepada rasulullah S.A.W sendiri. Nama lelaki itu
adalah an-Na’iman bin Umar al-Ansari r.a. Dia termasuk sahabat yang menyaksikan
Perjanjian Aqabah, turut serta dalam perang Badar, perang Uhud, perang Khandaq
dan peperangan yang lain.
Diceritakan bahawa pada suatu
hari, an-Na’iman telah datang menemui Rasulullah S.A.W dengan membawa
sebungkusan barang. Katanya, bungkusan ini adalah barang yang baru dibelinya
untuk dihadiahkan kepada baginda.
“Wahai Rasulullah! Ini adalah
hadiah untukmu,” kata an-Na’iman sambil menghulurkan barang yang dibawanya
kepada Rasulullah S.A.W.
Tidak berapa lama kemudian,
datang seorang peniaga yang menjual barang itu kepada an-Na’iman dan meminta
wang harga barang yang telah dibelinya.
An-na’iman membawa peniaga barang
tersebut menemui Rasulullah S.A.W.
“Wahai Rasulullah, berilah orang
ini wang sebanyak harga barang itu,” kata an-Na’iman.
“Bukankah barang itu telah engkau
hadiahkan untukku?” Tanya Rasulullah S.A.W terkejut.
“Wahai Rsulullah! Sebenarnya aku
tidak mempunyai wang untuk membayar harga barang itu, tetapi aku amat suka
engkau memakannya,” kata an-Na’iman berterus-terang.
Rasulullah S.A.W tertawa mendegar
telatah sahabatnya itu. Baginda pun membayar barang tersebut kepada penjualnya.
sumber: buku "telatah anak adam"
~moga terlakar cinta di pintu syurga~
No comments:
Post a Comment