erti cinta

erti cinta
***erti cinta sebenar

Friday, September 30, 2011

.::tiga pahlawan::.

Terdapat tiga orang pahlawan Islam bernanma Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisyam dan Ayas bin Abu Rabiah yang sama-sama menyertai misi peperangan menentang kerajaan Rom yang dipimpin oleh panglima 
Pedang Allah iaitu Khalid bin Walid. 


Semasa peperagan tersebut, mereka telah ditakdirkan cedera parah lantaran tindakan berani mati mereka mengucar-ngacirkan tentera Rom. Mereka juga merupakan pahlawan yang memberikan getaran dan ketakutan di dada musuh. Mereka ditempatkan di sebuah khemah yang menempakan tentera-tentera islam yang cedera bagi diberi rawatan.

Khalid al-Walid datang menziarahi mereka di khemah tersebut bagi melihat keadaan kesihatan mereka. Sedang mereka berbual, tiba-tiba Harith yang terbaring di sebelah Ikramah berasa haus lalu meminta air. Seorang petugas datang membawa bekas berisi air. Bekas itu diserahkan kepada Khalid bin Walid bagi deberikan kepada Harith. Belum sempat dia meneguk air itu, Ayas yang terbaring disebelahnya pula meminta air.

“Saya dahaga. Tolong berikan air,” rayu ayas sambil merintih kesakitan.
Panglima Harith member isyarat supaya air itu diberikan kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Kalid bin Walid mahu menuangkan air ke mulut Ayas, tiba-tiba Ikramah meminta air.

Mendengar suara Ikramah, Ayas berkata, ‘berikan air itu kepada Ikramah. Dia lebih memerlukannya daripada saya.”
Khalid bin Walid beralih kepada Ikramah. Belum sempat dia meminum air yang diberikan Khalid, Harith pula berkata, “sya berasa dahaga. Masih adakah air untuk saya?”

Ikramah tidak jadi meminumnya.

“berikan air itu kepada Harith,” ujarnya

Apabila Khalid bin walid berpaling kepada Harith, dia sudah meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa saat kemudian, Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah tiga panglima Islam yang lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri itu menaikkan semangat jihad tentera Islam bagi bertempur dengan Rom pada keesokan harinya…

p/s: sesungguhnya mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca. sukar untuk ditemui, andai sudah kau temui, hargailah ia sebagaimana engkau menghargai diri sendiri...=)




sumber: novel sejarah Islam, "Khalid Memburu Syahid" by Abdul Latip Talib


~moga terlakar cinta di pintu syurga~

Tuesday, September 27, 2011

~hanya padaMu ku berserah~


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. 
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku agar tidak lalai aku dari merindukan syurgaMu. 
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. 
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
 Sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah pemilik sebenar hatiku, maka dekatkanlah hatiku denganMu.....




Amin Ya Rabbal 'Alamin......


~moga terlakar cinta di pintu syurga~

Monday, September 26, 2011

.:penerima hadiah kena bayar:.


Ada seorang sahabat yang sering membuat kelakar termasuk kepada rasulullah S.A.W sendiri. Nama lelaki itu adalah an-Na’iman bin Umar al-Ansari r.a. Dia termasuk sahabat yang menyaksikan Perjanjian Aqabah, turut serta dalam perang Badar, perang Uhud, perang Khandaq dan peperangan yang lain.

Diceritakan bahawa pada suatu hari, an-Na’iman telah datang menemui Rasulullah S.A.W dengan membawa sebungkusan barang. Katanya, bungkusan ini adalah barang yang baru dibelinya untuk dihadiahkan kepada baginda.
“Wahai Rasulullah! Ini adalah hadiah untukmu,” kata an-Na’iman sambil menghulurkan barang yang dibawanya kepada Rasulullah S.A.W.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang peniaga yang menjual barang itu kepada an-Na’iman dan meminta wang harga barang yang telah dibelinya.

An-na’iman membawa peniaga barang tersebut menemui Rasulullah S.A.W.
“Wahai Rasulullah, berilah orang ini wang sebanyak harga barang itu,” kata an-Na’iman.

“Bukankah barang itu telah engkau hadiahkan untukku?” Tanya Rasulullah S.A.W terkejut.

“Wahai Rsulullah! Sebenarnya aku tidak mempunyai wang untuk membayar harga barang itu, tetapi aku amat suka engkau memakannya,” kata an-Na’iman berterus-terang.

Rasulullah S.A.W tertawa mendegar telatah sahabatnya itu. Baginda pun membayar barang tersebut kepada penjualnya.


sumber: buku "telatah anak adam"


~moga terlakar cinta di pintu syurga~

~Hidangan Orang Kedekut~


Seorang lelaki bakhil telah mempelawa seorang temannya agar datang ke rumahnya. Temannya itupun datang memenuhi pelawaan tersebut. Namun, tuan rumah asyik bersembang-sembang sahaja dengan tetamunya tanpa sedikitpun makanan yang dihidangkan. Dia menahan tetamunya itu sehingga waktu Asar. Akibatnya, terasa teramat lapar dan kelihatan lemah.

Melihat tetamunya mulai resah, tuan rumah mengambil sejenis alat muzik untuk dimainkan. “saudara suka mendengar lagu apa?” Tanya si bakhil itu sambil bersedia memainkan alat muzik.
“aku suka mendengar lagu masakan goring-goreng,” kata tetamunya. Tuan rumah itu tersedar, bahawa tetamunya menyindir sifat kedekutnya.


sumber: buku telatah anak adam


~moga terlakar cinta di pintu syurga~