Jam menunjukkan pukul 4 petang.
“Alamak! Kelas dah nak mula
tetapi azan akan berkumandang 15 minit lagi. Solat dululah, hati aku tak sedap
hati pulok kalau tak solat dahulu. Risau pulok kalau tetiba mati tanpa sempat
solat Asar.” Detik hati Hassan.
Sememangnya dia selalu lambat
ke kelas kerana ingin solat berjemaah terlebih dahulu kerana kebiasaannya kelas
pada pukul 4 petang akan tamat pada pukul 6 petang dan dia tidak mahu
melambatkan solat. Hatinya tidak akan tenang jika melambatkan solat apetah lagi
apabila dia teringat sepotong hadis Rasulullah SAW,
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka
telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam
dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Seusai solat Asar secara
berjemaah. Dia segera memperkemas diri dan bergegas ke kelas.
“Ya Allah, aku tahu aku lambat
ke kelas sungguhpun begitu, aku bukan sengaja kerana aku ingin menyahut
seruan-Mu dengan segera. Aku nak angkat call Kau secepat mungkin. Permudahkan
aku ya Allah, aku harap lecturer tak sampai lagi.” Detik hati Hassan.
“Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar.”
Setelah tiba berhampiran pintu
kelas, Hassan berdoa, memohon agar pensyarah masih belum sampai di kelas.
Kakinya melangkah masuk ke kelas.
“Alhamdulillah” Terlakar
senyuman di bibirnya.
Nasibnya sering baik. Walau dia
sering lambat ke kelas untuk solat berjemaah namun Allah sentiasa bantu dia.
Jarang sekali, pensyarah berada di kelas ketika dia masuk.
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama)
Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan
tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad: 7)
“Kau ni Hassan, selalu lambat.
Nasib baik Encik Fuad pergi ambil barang. Kalau tak, kena sindir kau dengan
dia.” Borhan menegurnya.
Hassan hanya tersenyum.
*****
“Ya Allah, penatnya.” Hassan
melabuhkan punggung pada sofa rumah sewanya dan melelapkan mata seketika. Dia
teringat sepotong ayat Al-Quran,
“Allah tidak memberati seseorang, melainkan apa yang terdaya
olehnya.” (Surah Al-Baqarah: 286)
Kelasnya yang bermula seawal 8
pagi hingga 6 petang secara berterusan dengan hanya jarak masa 2 jam membuatkan dia kepenatan.
Dia terjaga. Tak sedar dia
terlelap selama 20 minit. Dia mengerling jam tangannya.
“Dah pukul 6.45 petang. Baik
aku pergi mandi dan bersiap untuk berbuka puasa dan solat di masjid.”
Dengan hanya tiga biji kurma
dan segelas air, sudah memadai baginya ketika berbuka puasa seperti amalan
Rasulullah SAW agar tidak terlalu kenyang dan mengah ketika solat nanti seperti
yang terdapat dalam Hadis Riwayat Ibnu Abbas,
“Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang,
isilah perut kalian dengan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara. Orang yang
paling disukai Alloh diantara kalian yang paling sedikit makannya dan paling
ringan tubuhnya”
“Assalammualaikum.” Seorang
ustaz yang menegur Hassan yang sedang membasuh tangan.
“Waalaikumussalam, ustaz.”
“Kamu jadi imam hari ini
boleh?”
“Tetapi ustaz...”
Belum sempat Hassan
menghabiskan ayatnya, ustaz Fauzi sudahpun menariknya ke tempat solat imam.
Salah seorang makmum mengalunkan iqamat.
“Boleh pun jadi imam.” Ustaz
Fauzi menegurnya seusai bersalaman dengan jemaah yang lain.
Hassan hanya tersenyum.
“Boleh tu boleh ustaz tetapi
ada orang yang lebih layak daripada saya untuk menjadi imam.”
“Kalau sekarang tak jadi imam,
nanti dah ada ‘makmumnya’ bagaimana nak jadi imam?” Ustaz Fauzi tersenyum
kepada Hassan.
Hassan hanya tergelak kecil
mendengar gurauan ustaz.
“Baiklah ustaz, saya mahu undur
diri dahulu. Makan malam. Lapar rasanya.” Dia menguntum seukir senyuman
sambil tangannya di perut.
“Oh ye, kamu puasa tadi.
Baiklah. Hati-hati.” Mereka bersalaman dan Hassan menuju ke motornya.
“Nak makan kat mana ni?” Hassan
bertanya pada dirinya sendiri dan terfikir ayat ustaz dan tergelak kecil.
Setelah mengisi perut, dia
kembali ke masjid. Dia membaca surah Al-Waqiah sementara menunggu solat Isyak
kerana pesan sahabatnya, Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan seperti hadis
Nabi S.A.W,
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi
dari Ibnu Mas’ud r.a.)
*****
Humairah mengerling jam di
dinding.
“Sudah pukul 12 malam. Esok
kelas 8 pagi. Ya Allah, malasnya bangun pagi. Ngantuk belaka.”
Papan kekunci ditekan,
menyiapkan assignment Puan Linda yang harus dihantar esok.
“Alhamdulillah siap.” Lega
hatinya kerana assignmentnya sudah selesai.
Laptop Dell miliknya ditutup
dan dia beransur membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat sunat Taubat
sebelum tidur.
Surah Al-Mulk, 3 Qul dan Ayatul
Kursi menjadi amalan sebelum dia tidur.
Berat Humairah membuka matanya
pada pagi itu. Terasa bengkak matanya kerana kurang tidur namun dia sudah biasa
dengan keadaan itu. Sudah lumrah pelajar, tidak cukup tidur.
Dia mengerling matanya
handphone. Lima setengah pagi. Segera dia mempersiap diri dan menunaikan solat
Tahajjud 2 rakaat.
Seusai solat Subuh, dia membaca
Al-Mathurat dan mempersiap diri ke kampus.
“Walaupun usia kita masih
muda...” Kedengaran deringan Mahligai Kebahagiaan kumpulan Brothers.
“Assalammualaikum..” Salam
dihulur Humairah terlebih dahulu.
“Waalaikumussalam, weyh ko
tunggu kat depan rumah tau. Pergi sama ek?” Eby menjawab salam.
“Aku rasa macam madam pulok
kena jemput tiap-tiap hari.” Humairah tergelak kecil.
“Baik boss! Aku tunggu.”
Humairah menamatkan panggilan.
Setelah Eby sampai di depan
rumahnya, kakinya melangkah masuk ke dalam kereta Eby.
“Kau ni, buat aku serba salah
je jemput tiap hari.” Humairah meluahkan rasa bersalahnya kerana Eby sering
jemputnya setiap hari sebelum ke kelas dan menghantarnya selepas pulang
daripada kelas. Mahu dibayar duit minyaknya, Eby tidak mahu menerima.
“Ala chillah. Kau ingat aku
suka pergi kelas sorang-sorang. Ada kau, cambest sket jalan sama ke kelas.
Nak-nak kelas pagi, memang malas belaka aku datang kalau takde teman.”
“Aku lapar ah.” Eby meluahkan
rasa laparnya seusai kami turun daripada kereta.
“Kau ni, kelas dah nak mula.
Sabaq no. Lepas kelas nanti kita makan. Sabarkan sebahagian daripada iman.”
Kata Humairah sambil tersenyum.
Eby hanya mengangguk.
Azan berkumandang menandakan
waktu solat Zuhur.
“Eby, aku nak solat dahulu. Kau
nak makan, makanlah dahulu.”
“Takpelah, aku tunggu kau.”
“Alrite!” Humairah menunjukkan
thumb up kepada Eby.
Eby mungkin bukan sahabat
sefikrah tetapi Humairah sangat berharap suatu hari nanti hidayah Allah akan
menyapa dirinya. Dia sentiasa mencuba menggunakan teguran yang lembut dan
berkesan untuk menegurnya kerana dia teringat satu pepatah,
“Kata- kata yang lembut mampu melembutkan hati manusia yang
keras”
*****
“Asslm, Humairah, ahad ini free
tak? Ada kelas Arab percuma. Aku dah daftar nama kau sekali. Pukul 8 hingga 10
malam.” Sms Najwa menerjah handphonenya.
“Kelas Arab? Nak nak nak!
Percuma lagi aku nak. Haha Tapi aku takde transport nak pergi sana.”
“Tak pe. Aku kan ada. Ada
teman, baru cambest. Nanti aku jemput kau. Kita solat maghrib kat masjid negeri
nak?”
“Bagus jugak tu. Aku rindu
solat jemaah di masjid negeri. Teringat iktikaf ketika Ramadhan.” Sayu hati
Humairah mengenangnya kerana itulah kali pertama dia beriktikaf di bulan
Ramadhan seumur hidupnya. Itupun diajak oleh sahabat rapatnya.
“Ok then. Jumpa ahad nanti.
InsyaAllah.”
“Alrite! Barakallahu fiki.”
Humairah mengakhiri smsnya.
*****
“Asslm, aku dah kat depan rumah
kau.” Sms Najwa menerjah handphonenya.
“Wassalamun alaik, ok, aku
keluar sekarang.”
“Assalammualaikum” Sapa
Humairah ketika melangkah ke dalam kereta Najwa.
“Waalaikummussalam”
“Terima kasih jemput.” Humairah
memberikan senyuman.
“Sama-sama.”
Seusai mereka solat jemaah di
masjid negeri, mereka terus ke kelas Arab.
“Duduk depan jom!” Najwa
memberi cadangan.
“Jangan depan sangat.” Humairah
tersengih.
“Kau ingat aku skema.” Mereka
tergelak kecil dan duduk selang 2 barisan daripada hadapan.
Seorang lelaki kelihatan familiar di mata Humairah.
“Kau kenal mamat tu?” Najwa
menegur Humairah kerana ternampak Humairah memandang lama ke arah lelaki itu.
“Aku rasa budak kampus kita
kan?”
“Aku tak perasan.”
“Aku rasa macam kenal mamat ni.
Abaikan! Aku datang untuk belajar bahasa Arab.” Monolog hati Humairah.
Seusai kelas Arab, Humairah dan
Najwa berdaftar dahulu sebelum pergi. Ketika giliran Humairah..
“Humairah Binti Aziz”
Lelaki itu menekan papan
kekunci menaip nama Humairah dan memandang Humairah.
“Oh. Ukhwah Fillah”
Humairah mengerutkan muka.
‘Ukhwah Fillah’ adalah nama mukabukunya.
“Stalker apa mamat ni tapi aku
tak kenal nama dia apa. Macam mana dia kenal nama aku.”
“Kau kenal ke dia?” Sapa Najwa
memecah lamunan Humairah ketika di dalam kereta.
“Huhh? Aku rasa macam pernah
nampak dia di kampus tetapi aku tak tahu nama dia.”
Berkerut dahi Humairah. Puas
dia memikirkan nama lelaki tu tetapi serius, dia tidak tahu. Mungkin pernah terserempak
tetapi dia tidak pernah mengenalinya.
****
Kak Ros memberitahu program
Taa’ruf Day Persatuan Mahasiswa Islam UM akan diadakan pada hari Sabtu.
Humairah yang merupakan pembantu Exco Tarbiyah perlu memainkan peranan.
Dia perlu berurusan dengan pihak atasan untuk menempah bagi tempat program itu
dijalankan.
“Maaf kami tidak dapat
memberikan tempat itu kepada persatuan kamu, ada program kelab lain yang telah
menempahnya terlebih dahulu.” Encik Ramli wakil daripada pihak pengurusan
memberitahu.
Humairah hampa. Sudah 5 tempat
yang diusulkan namun masih tidak diluluskan.
“Ya Allah.” Hatinya mula terasa
penat.
“Kau tidak boleh begini, baru
sedikit ujianmu Humairah. Jangan cepat mengeluh.” Humairah menasihati dirinya.
Dia sudah lambat ke kelas hanya
kerana ingin menguruskan hal itu juga hal-hal tentang program yang lain. Risalah,
flyers. Dia seperti terbeban dengan kerja dakwah dan akademiknya. Segera dia
beristighfar dan teringat sepotong ayat daripada sahabatnya,
“Jika Allah rindu pada hamba-Nya, Dia akan meminta malaikat
menghadiahkan sesuatu yang istimewa iaitu ujian agar Dia dapat mendengar
rintihan hamba-Nya kerana Dia rindu rintihan hamba-Nya”
“Maafkan aku ya Allah.
Permudahkanlah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar”
*****
Pada keesokan harinya.
“Asslm, Alhamdulillah. Tempat
dah diluluskan untuk program Taa’ruf Day.” Sms kak Ana menerjah handphonenya.
“Alhamdulillah, syukur.” Balas
Humairah sambil tersenyum gembira.
“Terima kasih kak.”
“Eh, kenapa pula perlu
berterima kasih pada akak. Bukan akak, ada ikhwah yang tolong.”
“Oh ye ke? Siapa ya?“
“Hassan namanya. Pimpinan baru.
Teman baru kamu dalam Exco Tarbiyah. Nanti akan diperkenalkan ketika Taa’ruf
Day.”
“Oh baiklah.” Dia meletakkan
handphonenya di atas meja berhampiran figura Danbo.
“Pimpinan baru?” Berkerut
dahinya.
****
Humairah sibuk mengemas
tempat program Taa’ruf Day bersama akhwat lain. Ikhwah pula menyiapkan PA
system untuk kegunaan program dan cuba memainkan video montaj bagi program yang
pernah diadakan sebelum ini.
“Alhamdulillah, ramai jugak
yang datang.” Monolog Humairah dan tersenyum melihat sekumpulan mahasiswa
dan mahasiswi yang mendaftar di meja pendaftaran.
Program Taa’ruf Day berjalan
lancar dengan anggaran ahli seramai 50 orang yang datang. Ada cenderamata yang
diberikan kepada setiap ahli yang datang seperti pen, fail dan buku nota yang
mempunyai logo PMIUM.
Seperti biasa, bacaan doa
dimulakan di awal majlis dan video montaj program PMIUM dimainkan. Kemudian,
barisan pimpinan diperkenalkan. Daripada situ, Humairah mengenali Hassan.
Lelaki yang juga dia pernah terjumpa ketika kelas Arab.
“Oh dia ke?”
Humairah dan pimpinan akhwat
mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada ahli yang datang seusai program
itu berakhir.
“Terima kasih.” Sapa seorang
ikhwah.
Humairah memandang.
“Dia?” Baru Humairah perasan.
“Sama-sama.” Humairah hanya
tersenyum dan mengedarkan makanan dan minuman itu kepada yang lain.
*****
“Asslm, Najwa. Baru aku tahu
lelaki yang kat kelas Arab tu siapa. Dia pimpinan baru. Exco Tarbiyah. Aku
pulak yang jadi pembantu dia.” Sms dihantar kepada Najwa.
“Oh. Begitu. Alamat kau kena
sentiasa bersama la. Hoho”
“Jangan nak bersama sangatlah.”
“Hmm..apesallah lelaki ni jadi
ketua aku. Adoyai. Kenapa tak Kimi yang jadi? Bila masa dia letak jawatan?
Pelik sungguh dia ni.”
*****
“Baiklah, saya harap kalian
sudah menghafal Haraf dan Isim yang telah kita belajar pada minggu lepas kerana
ribuan ayat dalam Al-Quran menggunakan Haraf dan Isim yang saya ajar pada
minggu lepas seperti potongan ayat Al-Quran surah Yusuf ayat 2,
Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa
Arab, agar kamu memahaminya.
Kerana itu kita perlu belajar
bahasa Arab.” Ustaz Amin memulakan kelas Arab.
“Kau dah hafal?” Tanya
Najwa.
“Dop lagi tetapi adalah
sedikit-sedikit.” Kata Humairah sambil tersengih.
Seusai kelas, Humairah pergi ke
kaunter pendaftaran untuk membayar nota Ustaz Amin.
“Humairah Binti Aziz.”
“Ukhwah Fillah.” Lelaki itu
menyebut nama muka buku Humairah.
“Hassan.” Monolog Humairah.
Humairah terus beredar mencari
Najwa yang sedang tunggu di bawah.
“Humairah!” Najwa memanggil
sambil menunjukkan muka yang sedih.
“Tayar aku pancit.”
“Ya Allah. Yeke? Bagaimana
boleh pancit?”
“Aku pun tak tahu, macam baru
je.”
“Ada tak peralatan untuk tukar
tayar spare?” Humairah bertanya pada Najwa.
“Aku rasa ada. Kejap!”
Najwa mencari peralatan itu di
keretanya. Hampa.
“Takdelah. Aku lupa, aku rasa
aku tinggalkan di rumah.”
“Kenapa ni?” Tanya seorang
ikhwah menyusur daripada tangga ke tingkat atas ke tempat kelas Arab.
Humairah memandang.
“Tayar pancit tetapi kami tiada
peralatan untuk menukar tayar spare.” Najwa memberitahu sambil memandang ke
arah lelaki itu.
“Awak ada?” Tanya Humairah.
“Oh begitu. Asif, saya pun
pakai motor. Kalau ada peralatannya, boleh saya tukarkan.”
Hampa. Humairah memikirkan
sesuatu.
“Saya ada.” Kelihatan seorang
ikhwah menuju ke arah mereka.
Kelihatan di tangannya
peralatan untuk menukar tayar spare.
“Biar saya tukarkan.” Dia
menawarkan bantuan. Tersenyum.
“Terima kasih.” Humairah
ucapkan pada Hassan.
“Sama-sama. Nanti dah balik,
jangan lupa tukar semula ke tayar asal setelah dibaiki. Takut-takut terlupa.”
Hassan berseloroh dan dia terus beredar. Tidak mahu dirinya sendirian bersama
dua orang akhwat itu.
*****
Setelah beberapa bulan
bekerjasama dengan Hassan, Humairah mula merasakan keserasian. Dia senang
berbicara dengan Hassan. Mereka sangat menjaga ikhtilat. Hassan akan meminta
Humairah membawa mahramnya setiap kali mereka berjumpa untuk berbincang tentang
proposal program yang mereka mahu anjurkan sepertimana nasihat dalam sepotong
hadis Rasulullah SAW,
“Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu
melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
“Baiklah, saya rasa itu sahaja
untuk setakat ini. Undur diri dahulu. Sudah masuk waktu solat Asar.” Hassan
menyegerakan urusannya.
Belum sempat Humairah membalas,
Hassan sudah bingkas bangun dan meninggalkan dia dan Sabihah.
“Kabut betul.” Sabihah memerli.
“Biarlah dia. Kawan aku kata,
lelaki yang baik boleh dilihat melalui azan, dia akan mula kabut dan mencari
surau. InsyaAllah dia lelaki yang baik.”
“Amboi. Berminat ke? Nanti
masuk waiting list.” Sabihah berseloroh.
“Memang tak lah. Ada seseorang
masih terpahat.”
“Lah. Tak lupa lagi.”
Humairah hanya tersenyum.
Hassan segera ke masjid.
“Jika seorang lelaki mencintai seorang hawa, dia takkan
rosakkannya.”
Teringat pesanan sahabatnya.
“Aku harus menjaganya, aku
harus menjaga imannya. Takut-takut dia bukan milikku tetapi telah dicemarkan
imannya oleh aku.”
Dia segera mengambil wuduk agar
kembali tenang daripada bisikan syaitan.
*****
Humairah memandang akaun muka
bukunya. Mengeluh.
“Walau dah unfriend, namun
masih aku tak dapat nafikan. Ya Allah, permudahkan aku melupakannya. Tunjukkan
aku jalan untuk melupakannya jika dia bukan untukku.”
Terkenang dirinya saat menangis
teresak-esak.
“Majlis Perkahwinan Rasyid dan
Fatimah.” Kaku pandangan mata Humairah pada skrin laptopnya. Hatinya berdebar
dan hancur luluh. Bercucuran air matanya. Deras, tanpa disedarinya.
Pintu hatinya sudah lama tidak
diketuk namun Allah lebih sayangkan dia. Setelah pintu hatinya diketuk oleh
seorang mujahid yang hebat pada matanya, dia kalah. Hatinya runtum. Tidak
disangka Rasyid yang diimpikan dimiliki orang lain dan Humairah tidak pernah
menyangka hatinya selembut itu untuk menangis kerana seorang lelaki.
Bengkak matanya menangisi
takdir itu. Namun dia akur pada ketentuan Ilahi.
“Allah mahu aku mencintai-Nya
lebih daripada lelaki itu.”
“Bodohnya aku. Kenapa aku
terlalu murah menangisi dia yang belum jadi milikku.” Humairah beruzlah.
Menyalahkan dirinya yang terlalu mudah menangisi si dia yang belum tentu
menjadi miliknya.
“Semoga kau akan perbaiki untuk
masa akan datang.” Humairah memujuk dirinya.
*****
Humairah pergi ke kelas Data
Compression seawal 8 pagi bersama Eby. Dia mahu dirinya sibuk dengan akademik
dan kerja dakwahnya agar dia dapat sedikit sebanyak melupakan Rasyid.
Seusai kelas.
“Asslm, awk free tak pukul 3
petang nanti, saya nak bincang tentang program Asuhan Jiwa.” Sms Hassan menyapa
handphonenya.
“Wassalamun alaik. Saya free,
InsyaAllah. Nak jumpa di mana ya?”
“Di Kafe Hameed. Jangan lupa
bawa mahram sekali ya.Jazakallahu khairan.” Hassan mengakhiri sms itu.
“Baiklah. Jkk.”
“Assalammualaikum.” Sapa Hassan
apabila dia bertemu dengan Humairah.
“Waalaikumussalam.” Balas
Humairah.
Mata Hassan mengerling ke arah
Eby.
“Dia mahram saya.”
Hassan mengangguk.
“Alhamdulillah, kita dapat sponsor
daripada Pusat Remaja An Nur. Mereka nak sponsor kita tetapi mereka mahu
anak-anak di sana turut menyertainya.”
“Boleh, tiada masalah. Mereka
berhak oleh sebab mereka menaja kita tetapi jumlah anak-anak di situ berapa
ya?”
Hassan mengambil buku nota di
dalam begnya.
“Lebih kurang dua ratus lima
puluh dua orang.”
“Agak ramai. Lagipun, dewan
kita mampu untuk support lebih daripada itu kan? Tambahan, berapa limit untuk
program itu ya?”
“Ya, dewan besar. Jangan risau.
Lebih kurang 350 orang.”
“Jadi, maksudnya, hanya 50
orang anak-anak yang boleh menyertai lagi?”
“Ya.” Hassan mengangguk.
“Rasanya itu dah memadai untuk
memasukkan anak-anak pensyarah, pekerja juga orang luar. Saya cadangkan bagi
anak-anak pensyarah dan pekerja kampus hanya perlu membayar yuran sebanyak lima
belas ringgit dan orang luar dua puluh ringgit untuk yuran pengurusan sebab
Pusat Remaja An Nur dah taja kita.. Lagipun saya rasa yuran itu sangat
berpatutan apetah lagi harga biasa untuk program Asuhan Jiwa di luar berganda
lebih mahal daripada itu. Saya dapat feedback program itu sangat bagus.
Beberapa saudara saya yang dahulunya nakal, Alhamdulillah kini semakin baik dan
soleh juga solehah selepas menyertai program itu.” Hassan menyambung.
“Bagi saya, cadangan itu bagus.
Harganya sudah berpatutan. Ada juga saya mendengar feedback peserta setelah
check di Internet. Kawan saya juga ada menceritakan serba sedikit mengenainya.”
“Baiklah, itu dah selesai.
Tentang tempat, masih dalam proses menunggu jawapan daripada pihak pengurusan.
Kata Encik Ramli, insyaAllah petang ini dia akan beritahu jawapannya.” Hassan
memberitahu Humairah.
“Oh begitu.” Humairah rasa
serba salah dengan Eby yang menemaninya. Dia berniat untuk menamatkan
perbincangan mereka dengan segera.
Dia tidak mahu membebankan Eby
dan dia juga berasa tidak selesa bertemu dengan Hassan. Terasa malu menerjah ke
dalam dirinya. Dia harus menjaga akhlak sebagai seorang muslimah yang bertudung
labuh. Takut-takut membawa fitnah.
Hassan memahami apa yang
bermain di fikiran Humairah. Lantas dia segera mengundurkan diri untuk
menunaikan solat Asar di surau kampus setelah azan berkumandang.
Humairah lega. Membuatkan dia
semakin selesa bekerjasama dengan Hassan yang memahami kehendaknya walau dia
tidak meluahkan.
*****
Hassan duduk bersimpuh di atas
hamparan sejadah. Dia beruzlah, muhasabah diri tentang apa yang dilakukan pada
hari ini dan mengoreksi diri tentang soal hatinya.
“Semakin parah. Aku tak boleh
terus begini atau aku akan hanyut dalam bayangan sendiri. Tambahan lagi, aku
akan sering berjumpa dengannya oleh sebab aku ketuanya dalam Exco Tarbiyah.”
Dia risau hatinya akan mudah
luluh dan bisikan syaitan akan mula menguasai dirinya jika dia tidak mengawal
perasaannya pada Humairah.
“Baiklah, selepas program
Asuhan Jiwa, aku akan letak jawatan.”
Hassan nekad hanya kerana dia
ingin menjaga hatinya daripada lagha. Dia tidak mahu, kerana Humairah, dia
menjadi hamba-Nya yang lalai seperti yang ditegaskan oleh-Nya dalam Surah
Al-Rum ayat 6 dan 7,
“.....tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya
mengetahui yang zahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang
(kehidupan) akhirat adalah lalai.”
Aizad datang menghampiri
Hassan.
“Kau ok ke? Tengok macam
bermasalah je. Dari tadi, aku perhatikan. Cecite cecite.”
Hassan hanya memandang sepi
terhadap sapaan Aizad.
“Ini mesti soal hati dengan
Humairah tu kan?”
Hassan mendongak.
“Aku dah agak.”
“I’m a good listener but not a
good responder. Aku pendengar yang setia tetapi bukan solver yang bagus. Aku
cuma nak nasihatkan kau. Jangan bermain dengan api nanti padah diri. Kalau suka
jangan cakap suka tetapi kau pinanglah dia. Kalau kau nak jaga hati, kau jangan
dekati dia. Kalau tak, memang taklah kau dapat jaga hati sedangkan kau perlu
berhadapan dengan dia, apetah lagi bila buat program bersama.” Nasihat Aizad.
Hassan mengeluh.
“Itulah yang aku akan lakukan.”
“Huhh? Kau nak pinang dia?”
“Bukanlah! Ikut hati memang nak
tetapi aku masih belum ada kekuatan untuk menjadi imam dia. InsyaAllah ada
jodoh, dia akan aku miliki tetapi sekarang, aku perlu menjaga hati dan imannya
agar tak dicemari oleh aku. Aku nekad, lepas program Asuhan Jiwa, aku akan
letak jawatan dan aku nak sambung kat luar negara. Aku nak pergi jauh daripada
kampus dan Malaysia else aku akan tetap terkenangkan dia.”
“Lorh, sampai ke luar negara,
dahsyat cinta kau ni.” Aizad berseloroh dan tersengih.
“Kau ni, aku serius, kau pulak
main-main.”
“Takdelah, kotnya pun, sambung
kat Malaysia je kan ok cuma kat kampus lain. Ikut suka kaulah. Kau buatlah
solat istikharah. Mohon pada Allah keputusan, insyaAllah Dia bagitau kau
melalui instinct then you follow the flow.”
“Baiklah. InsyaAllah. By the
way, terima kasih atas nasihat.”
*****
Seusai solat istikharah, Hassan
berdoa dengan berbual dengan Allah tentang soal hatinya.
“Ya Allah, aku hamba-Mu yang
lemah, aku tak kuat ya Allah. Aku suka Humairah. Aku ingin dia menjadi suri
hidupku. Menemani aku dalam urusan dakwah. Menjadi tulang rusukku. Namun, aku
tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Ikut hati, aku mahu pinang dia tetapi
aku masih punya tanggungjawab lain yang lebih penting yang harus aku lakukan.
Aku anak sulung. Aku ingin terlebih dahulu mempunyai pekerjaan agar dapat
menyara mereka. Aku tidak mahu bergantung kepada sesiapa melainkan Mu ya Allah.
Permudah dan murahkanlah rezekiku agar dapat aku membawa pulang rezeki yang
halal untuk kegunaan keluargaku juga bakal isteriku nanti walau mungkin dia
bukan Humairah. Tunjukkanlah aku jalan ya Allah. Aku mohon.” Hassan mengaminkan
doa dan menekup mukanya.
Dia berharap doanya akan
dikabulkan dan mendapat kemudahan juga petunjuk daripada Allah untuk
penyelesaian pada soal hatinya.
*****
Rasyid Muzaffar. Humairah
memandang sepi wall lelaki itu. Pedih rasa hatinya merenung nama lelaki itu.
Lama.
“Kau harus lupakan dia
Humairah. Dia sudah menjadi milik orang lain yang tak patut kau rampas. Dia
juga tidak mempunyai perasaan yang sama pada kau. Kau harus lupakan dia.
Percayalah pada Allah. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah takdirkan untuk
kau.”
Dia memandang sepi surat
tawaran daripada University of Melbourne dalam Master of Information
Technology. Memang daripada kecil, dia mengimpikan untuk belajar di benua
Australia. Entah kenapa, dia sangat berminat dengan negara itu.
Semester ini merupakan semester
terakhir baginya. Beberapa bulan lagi, dia akan menamatkan pembelajarannya di
UM. Dia memang berniat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang IT. Syukur
pada Ilahi. Malahan, ini merupakan Ijazah Sarjana Muda yang kedua selepas
Bachelor in Interactive Multimedia. Mungkin ada hikmahnya ditawarkan tawaran
berkenaan. Lagipun tawaran itu termasuk biasiswa jadi amatlah rugi baginya jika
dia melepaskan peluang itu. Dia hanya perlu belajar tanpa risaukan elaun sara
hidupnya di sana.
*****
Hassan tersenyum melihat
kerenah anak-anak di program Asuhan Jiwa. Sedikit sebanyak melegakan bebanan
projek dan assignmentnya apetah lagi apabila melihat Humairah begitu mesra
dengan anak-anak itu.
Selang 3 hari, anak-anak yang
pada mulanya sangat nakal di awal pendaftaran kelihatan sudah berubah akhlak
mereka walaupun sedikit. Ternyata program itu membawa kesan yang mendalam
kepada mereka. InsyaAllah selepas tamat 7 hari program tersebut, mereka akan
menjadi remaja yang terdidik dengan tarbiyah.
“Mesranya dia layan anak-anak
itu, jika dia menjadi ibu untuk mujahid dan mujahidahku, pasti mereka juga
dilayan sebegitu mesra dan prihatin.” Hassan mengelamun sendirian.
“Jangan pandang lama-lama.
Berdosa.” Sms Bukhari menghentikan lamunannya.
Hassan tersenyum.
“Menyerlah sangat ke?” Hassan
menoleh ke arah anak-anak yang lain apabila dirinya diperhatikan beberapa
pasang mata.
Humairah hanya bersahaja
apabila Sabihah memberitahu Hassan sedang memandangnya. Baginya, dia tidak
merasakan apa-apa pada pandangan itu apetah lagi, dia tidak mempunyai apa-apa
perasaan pada Hassan.
Makanan yang terhidang di atas
meja hanya cukup untuk seorang. Hassan mendahulukan Humairah kerana dia tahu
Humairah penat melayan anak-anak itu dan menguruskan program itu oleh sebab dia
pembantu pengarah projek.
“Awak ambillah. Saya sudah
kenyang.” Hassan mengambil bungkusan makanan yang terletak di atas meja. Hanya
cukup untuk seorang.
“Eh, takpelah. Awak pun pasti
penat.”
Belum sempat, Humairah menolak,
Hassan sudahpun berpaling ke tempat duduknya untuk menjamah baki roti yang
dibelinya pagi tadi.
“Cukuplah, asalkan ada
makanan.” Hassan bermonolog.
“Terima kasih kakak!” Ucap
anak-anak peserta Asuhan Jiwa seusai program itu berakhir.
“Sama-sama.” Humairah memeluk
dan mencium dahi mereka. Mereka bersalaman dengan Humairah dan fasilitator
lain.
“Alhamdulillah. Selesai.”
Ucapan syukur diluah Humairah kerana kelancaran program.
“Terima kasih kepada semua yang
menjayakan program ini.” Kedengaran suara Hassan melalui mikrofon.
*****
“Huhh? Letak jawatan? Bila?” Tanya Humairah pada Abid, Presiden PMIUM.
“Huhh? Letak jawatan? Bila?” Tanya Humairah pada Abid, Presiden PMIUM.
“Ana pun tidak sangka tetapi
Hassan memberitahu ana seusai program Asuhan Jiwa tempoh hari kerana dia ingin
belajar di luar negara.”
“Tetapi dia tiada pula beritahu
ana sepanjang kami bekerjasama.” Humairah pelik dengan perangai Hassan.
Abid hanya mengangkat bahu.
“Seperkara lagi, rasanya esok,
dia akan berangkat ke luar negara tetapi dia tidak pula beritahu ana di mana
tempatnya.”
“Esok?” Berkerut dahi Humairah.
“Enta tak hantar dia?” Tanya
Humairah.
“Ana ada kelas. Mungkin nti
boleh hantar dia. Sampaikan salam pimpinan buat dia. Ana undur diri dahulu, ada
urusan lain. Assalammualaikum.”
“Wassalamun alaik.”
“Biar betul Hassan ni. Takde
ribut, tak taufan. Tahu-tahu dah challow bêtte. Musykil-musykil.” Humairah
mengerutkan dahi.
*****
“Maaflah, aku tak dapat hantar
kau sampai balai pelepasan. Hanya dapat hantar kau di sini je. Ada kelas pukul
12 tengah hari nanti.” Luah Aizad, teman serumahnya.
“Takpe, kau dah hantar aku
sampai sini pun aku dah sangat menghargai. Maaflah susahkan.”
“Eh takpe. Chill! Apa guna
sahabat.” Mereka tergelak serentak.
Mereka bersalam dan berpelukan.
“Aku harap misi kau berjaya.”
Aizad mengenyitkan mata.
“InsyaAllah. Kau doa-doakan.”
Hassan tersenyum.
Tangannya berlegar-legar di rak
minuman. Kering tekaknya menunggu dibalai pelepasan ke Australia. Lantas, dia
hanya memilih air mineral buat penghilang dahaga.
“Asslm, Abid kata awak letak
jawatan dan nak berangkat ke luar negara hari ini. Betul ke? Kenapa tidak
beritahu saya?” Sapaan Humairah membuatkan Hassan tersenyum.
“Ya. Betul. Maaf. Ada asbab
yang tidak perlu diberitahu kepada awak. Harap awak tidak berkecil hati.”
Sejak itu, Hassan tidak lagi
menerima sms Humairah.
“Berkecil hatikah dia pada aku?
Hmm biarlah.”
Pukul 3 petang, Hassan berlepas
ke Australia. Berat hatinya meninggalkan Malaysia juga si dia yang berhati
lembut yang meninggalkan jejak pada hatinya.
“Selamat tinggal Humairah.”
*****
“Hassan pergi luar negara hari
ini? Kenapa kau tak pergi hantar? Kau biar betul? Abis kau tak rasa pape?”
Bertalu-talu soalan dilontarkan Sabihah kepada Humairah.
“A’ah. Ikhwah lain tak hantar,
takkan aku pula terkinja-kinja nak pergi hantar. Memang taklah. Rasa apa? Aku
dengan dia hanya sekadar teman seorganisasi. Tiada apa-apa ok.”
“Hmm...Humairah Humairah.
Lambat betul.”
“Lambat mende?”
“Malaslah cakap dengan kau. Nak
tunggu kau faham, berzaman.”
“Jangan berharap benda yang
belum pasti, ada jodoh, adalah.” Humairah membaringkan dirinya di atas tilam
Dunlop. Jauh fikirannya melayang.
“Tahu pun. Doakan aje. Serahkan
pada Allah. InsyaAllah.”
****
Oleh sebab Humairah sudah
semester akhir, dia berniat meletakkan jawatan dan membuka peluang kepada orang
lain untuk memegang jawatannya. Dia semakin sibuk dengan urusan Latihan
Industrinya (LI) dan takut-takut kalau tidak dapat memberi komitmen pada urusan
dakwahnya namun dia tetap pergi ke kelas Arab menimba ilmu dan menyertai usrah
memberi makan kepada rohani.
“Assalammualaikum.” Sapa kak
Ros, Timbalan Presiden PMIUM apabila ternampak Humairah duduk di hujung meja di
perpustakaan.
“Waalaikummussalam.” Humairah
memandang kak Ros dan tersenyum.
“Buat apa?” Kak Ros memulakan
bicara.
“Huhh? Oh, siapkan proposal
untuk LI. Perlu hantar hari ini. Ada sedikit lagi.”
“Akak menganggu?” Kak Ros serba
salah. Risau kalau-kalau dia mengganggu Humairah.
“Eh takdelah. Tidak apa.
Sedikit sahaja lagi. Kak Ros nak cakap apa-apa ke? Saya sedia mendengar.”
“Akak nak tanya.”
“Tanyalah.”
“Betul ke lepas awak graduate,
awak akan belajar di Melbourne untuk menyambung pelajaran dalam Master?”
“Hmm? Bagaimana kakak tahu?”
Kak Ros hanya tersenyum.
“Ya, begitulah rancangannya.
Lagipun saya mendapat tawaran biasiswa daripada University of Melbourne untuk
degree saya yang pertama. Saya dah lama mohon biasiswa itu. Alhamdulillah, pada
minggu lepas baru dapat jawapan. Syukur juga pembelajarannya mula sesudah saya
habis LI, kalau tidak saya tak dapat nak habiskan degree saya yang kedua ini.”
“Oh begitu. Alhamdulillah.
Baguslah. Akak hanya ingin bertanya. Tak salah, Hassan juga belajar di luar
negara tetapi akak tak tahu dia pergi ke mana. Tiada siapa yang tahu.”
Humairah hanya tersenyum. Pelik
dengan kerenah Hassan. Apalah sangat yang dirahsiakan daripada semua orang
beritahu tentang negara tempat dia melanjutkan pelajaran.
“Baiklah. Akak pergi dahulu ya.
Semoga proposal awak dipermudah dan diterima. Jazakallahu khairan.”
“Ok. Barakallahu fiki.”
Humairah melemparkan senyuman kepada kak Ros dan mereka bersalaman.
*****
“Alhamdulillah. Proposal aku
diterima selepas kena tendang 5 kali.” Humairah mengucapkan syukur setelah
proposal untuk LI nya diterima selepas direject 5 kali.
“Humairah!” Eby memanggil
daripada belakang.
Humairah menoleh.
“Macam mana? Diterima?”
“Alhamdulillah. Kau?” Humairah
tersenyum gembira.
“Alrite! Alhamdulillah jugak.
Diterima.”
“Hmm..” Eby menunjukkan muka
sayu.
“Kenapa?” Humairah prihatin.
“Tak bestlah. Lepas ni, semua
berpecah. Aku mesti rindu kau, nasihat kau, tarbiyah kau. Walau aku tak seperti
kau tetapi aku suka dengar bila kau bagi aku tazkirah. Sedikit sebanyak ia
melekat pada aku. Kini, aku baru mula berjinak-jinak solat. Memang tak cukup 5,
tetapi aku akan berusaha tetapi aku harap, kau jadi pendorong aku agar aku
istiqamah. Aku perlukan seseorang untuk bantu hijrah aku.”
“Alhamdulillah.” Humairah
tersenyum.
“Jangan risau, sekali
bersahabat, selamanya di ingatan. Kalau ada apa-apa, kau hello-hello je aku
ok?” Humairah mengenyitkan mata.
“Alrite!” Mereka serentak
tergelak kecil.
“Minggu depan dah mula LI.
Request terakhir aku, nak peluk kau boleh tak? Nanti rindu.” Eby buat muka
seposen.
“Eh mana boleh.” Humairah
berseloroh.
Eby sayu.
“Meh sini meh.”
Lantas, mereka bersalaman dan
berpelukan.
“Aku sayang kau. Terima kasih
menjadi kawan aku dan tarbiyah kau. InsyaAllah akan datang aku lebih baik
daripada sekarang. Aku harap kau masih sudi kawan dengan aku.” Eby meluahkan
perasaannya yang sudah lama terbuku. Berat hatinya melepaskan sahabat yang
sering bersamanya. Pilu hatinya hanya Allah yang tahu tetapi dia tidak dapat
mengekspressikan kesedihan hatinya. Biarlah rahsia dia dan Allah yang tahu. Dia
tidak mahu kehilangan sahabat seperti Humairah yang sering mentarbiyahnya
secara lembut dan tanpa paksaan.
“Sayang kau jugak!” Humairah tersenyum.
Terharu hatinya mendengar luahan sahabatnya. Walau Eby tidak sefikrah dengan
Humairah namun Humairah bersikap terbuka menerima sesiapapun menjadi kawannya.
Sejak itu, masing-masing
membawa haluan sendiri. Eby pulang ke kampungnya, Alor Setar, Kedah dan
Humairah ke Cheras, Kuala Lumpur.
*****
Task pertama Humairah adalah
membuat animasi tentang kempen Nyamuk Aedes selama 5 minit. Alhamdulillah,
tugasan pertama itu dia dibantu oleh seorang animator yang sudah expert.
Setidak-tidaknya, dia tidak terkial-kial untuk melakukan apa yang perlu dibuat
terlebih dahulu.
“Kita buat storyboard dahulu,
pastu nanti baru kita buat animation. Fahamkan procedure asas nak buat
animation?” Rizwan mencadangkan apa yang perlu mereka buat terlebih dahulu.
“Tahu. Baiklah.”
Mereka bekerjasama membuat
storyboard untuk membuat animasi. Syukur, Rizwan memahami yang dia perlu
menjaga ikhtilat dengan Humairah berdasarkan pakaian Humairah. Dia menghormati
Humairah sebagai muslimah.
“Dah pukul 9 malam ni. Saya
rasa cukup takat ini sahaja. Esok kita sambung lagi. Tak elok kita berdua-duaan
begini.”
“Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu
melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
Baru Humairah perasan. Jam
sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Oleh sebab dia terlalu fokus, tidak sedar
hari sudah lewat seusai dia solat Maghrib tadi. Rakan kerja yang lain sudahpun
beransur pulang.
“Baiklah. Terima kasih mengajar
saya. Esok kita sambung.”
Mereka berdua beransur pulang.
Humairah memandu kereta Suzuki Swiftnya memacu ke rumah ibu bapanya di Cheras.
*****
“Penatnya.” Sukar
Humairah membuka mata.
Dirinya terlalu penat untuk
praktikal pada hari yang pertama semalam. Sakit mata kerana terlalu lama
menatap laptop. Sudah lumrah budak multimedia menatap laptop almost 12 jam dan
lebih.
Walau terlalu penat, dia harus
bangun untuk menempuh hari praktikal yang kedua. Hari ini dia perlu pergi ke
seminar tentang video editing di Putrajaya. Dia diminta ke sana untuk
mempelajari sedikit sebanyak tentang basic shooting dan video editing.
Dia bangun mandi, solat Subuh
dan bersiap untuk tunggu di tempat kerja untuk pergi dengan rakan kerja yang
lain. Lebih kurang 10 orang pekerja lain pergi bersamanya yang dipantau oleh
Rizwan. Mereka pergi dengan menumpang kereta antara satu sama lain. Humairah
membawa kereta sendiri bersama 3 orang rakan akhwat yang lain.
Oleh sebab hari itu adalah hari
Isnin, Humairah merancang untuk berpuasa sunat namun pagi itu Humairah berkira
kalau-kalau dia mahu teruskan atau tidak oleh sebab dia agak penat. Namun dia
kuatkan juga semangat.
Acara dimulai dengan Taklimat
tentang Harta Intelek oleh Encik Ritak. Selepas 10.30 pagi, mereka dihidang
dengan minuman pagi. Humairah hanya mampu melihat rakan kerjanya makan sarapan
yang sedap yang juga makanan kegemaran Humairah iaitu wantan bebola ikan.
Selain itu, kek coklat. Dia kuatkan diri untuk menahan nafsunya. Mujur Zulaikha
memahaminya. Dia tahu Humairah berpuasa. Jadi dia menyuruh Humairah masuk ke
hall kerana berasa kurang senang Humairah melihat dia dan rakan sekerja yang
lain makan di depannya. Namun Humairah menolak.
“Tidak mengapa. Makan sahaja.
Saya ok.” Humairah tersenyum.
“Tapi...” Zulaikha serba salah.
“Saya tak nak masuk dalam.
Sejuk walaupun dah pakai kot. Saya tunggu kat tepi pintu je ye.”
“Baiklah. Awak pergi situ
dahulu ye.”
Humairah mengundurkan diri ke
tepi pintu. Tangannya sejuk menahan kesejukan air cond di dalam hall seminar.
Tiba-tiba, Zulaikha menuding
jari ke arah Humairah. Humairah pelik lantas mengerutkan dahi.
“Oh samalah.” Zulaikha
memandang ke arah seorang lelaki.
Humairah buat tak endah dan
terus masuk ke hall.
“Kenapa awak tuding jari kat
saya tadi?” Humairah mahukan jawapan. Dia sangat ingin mengetahui kenapa
Zulaikha berbuat demikian.
“Oh, Johan pun puasa.”
“Oh.” Humairah hanya
mengabaikan perkara itu.
Tetapi sesuatu yang menarik
perhatiannya adalah Johan memegang kamera DSLR.
“Minat yang sama.” Monolog
hatinya.
Talk tentang Harta Intelek
disambung. Seperti biasa, walaupun Humairah tidak makan tetapi dia berasa
ngantuk mendengar talk. Rakan sekerjanya yang lain begitu juga. Walau ada
gula-gula mentos di depan meja Humairah, dia tak dapat memakannya kerana dia berpuasa.
Jadi, dia tahankan sahaja matanya daripada ngantuk.
Akhirnya menjelang 12.30 tengah
hari, talk itu berhenti untuk masa rehat makan tengah hari. Sekali lagi, nafsu
Humairah diuji. Makanan tengah hari pada masa itu sangat sedap pada anak
tekaknya. Ayam masak kari, cendawan.
“Ya Allah, apasallah sedap
sangat lauk ni. Kegemaran aku pulak tu.”
“Humairah!” Zulaikha mengajak
duduk sebelahnya.
Humairah menuju ke arah
Zulaikha dan duduk berhampirannya. Zulaikha menunggu Anis tiba di meja mereka.
Tiba-tiba Johan menerpa.
“Awak puasa kan? Ada geng.”
Zulaikha menunjuk ke arah Humairah.
“Duduklah sini.” Zulaikha
mempelawa Johan duduk di meja mereka.
Mata Johan memandang kerusi
berdekatan Zulaikha. Humairah berasa tidak sedap hati.
“Janganlah mamat ni duduk
sini.” Hatinya bermonolog.
Alhamdulillah Allah mendengar
kata hati Humairah. Johan tidak duduk bersama mereka tetapi bersama rakannya di
meja belakang.
“Alhamdulillah. Cuak cuak
cuak!”
Sepanjang Zulaikha dan Anis
makan, Humairah hanya buat tak endah dengan makanan itu dan menunggu Zulaikha
habis makan. Ketika itu juga, dia nampak view yang cantik untuk tangkap gambar
bagi konsep architecture namun sayang, dia tidak membawa kamera. Matanya
terpaku pada sekujur tubuh.
“Johan.”
Dia melihat Johan memegang
kameranya.
“Bestnya. Bawa kamera. Boleh
ambil gambar bangunan tu.”
Hatinya tertarik pada Johan
kerana mereka mempunyai hobi yang sama. Selama Humairah mengenal fotografi,
memang tak dinafikan lelaki lebih ramai daripada perempuan dalam bidang
fotografi. Nak tak nak, kalau pergi bengkel fotografi, perlu juga dia bercampur
dengan lelaki, guru bengkel itu untuk bertanya soalan.
Seusai Zulaikha selesai makan,
Humairah mengajaknya ke surau untuk solat Zuhur. Ramai juga dalam surau itu.
Mungkin juga mereka datang untuk seminar.
“Alhamdulillah.” Lega hatinya
kerana melihat ramai perempuan Islam yang menunaikan solat. Setidak-tidaknya,
mereka tidak meninggalkan solat walau sibuk dengan hal dunia.
"Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu
permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik
bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?" (Surah Al
An’am:32)
“Terima kasih ya Allah kerana
permudah kami untuk solat.” Syukur Humairah pada Allah.
Sebenarnya dia sangat bimbang
jika menyertai program yang mungkin ada potensi untuk meninggalkan solat apetah
lagi, jika leadernya tak sefikrah juga dia adalah perempuan. Mujurlah Encik
Ritak memahami rukun Islam yang kedua itu dan menghormatinya dengan memberi
masa yang lebih agar memberi waktu untuk umat Islam menunaikan solat.
Dia tidak risau jika menghadiri
program seperti program untuk rohani, tarbiyah kerana pasti mereka telah
sediakan waktu solat.
Bengkel disambung mengenai Idea
Innovation yang menerangkan konsep brainstoriming, mind mapping dan scamper
dalam mendevelop sesuatu produk atau untuk video promosi. Lebih banyak
praktikal daripada teori. Ada juga latihan berkumpulan yang mengurangkan kadar
kengantukan pada peserta jadi ianya lebih menarik berbanding duduk dan
mendengar talk.
“Dah lama saya tinggalkan
teknik ini.” Humairah berkata kepada Zulaikha dan tersenyum.
“A’ah. Saya pun.” Mereka
tergelak kecil.
Mereka diminta mindmapping
tentang ‘Menjadi Kaya Melalui Berkahwin Dengan Orang Kaya’ manakala group lain
pula menghuraikan melalui cara yang lain. Ada yang sabung ayam, bela toyol
tidak ketinggalan sugar daddy sebagai cara untuk kaya. Aktiviti ini hanyalah
untuk memberi pencerahan dalam menggunakan konsep mindmapping.
Kemudian, mereka perlu
membentang idea itu. Humairah menjadi salah seorang presenter antara 4 orang
kumpulannya. Mujurlah Zulaikha menemannya membentangnya di hadapan else,
Humairah akan menggigil memegang mikrofon kerana dia tidak biasa bercakap di
depan orang ramai.
Seusai bengkel selesai pada
pukul 5.15 petang, mereka semua beransur pulang. Humairah sudah berniat untuk
solat Asar di situ terlebih dahulu namun dia risau.
Tangan Johan mencuit tangan
Rizwan.
“Kita solat sini dululah.”
Johan mencadangkan.
“Perjalanan sejam je kan? Solat
di sanalah.”
“Nanti jam. Takut tak sempat
pulak.”
“Baiklah, semua. Oleh sebab
takut jam, kita solat dahulu nanti baru bertolak. Tunggu rakan-rakan yang
lain.” Rizwan membuat pengumuman kepada pekerja lain.
“Alhamdulillah.” Humairah lega
dan tersenyum. Dia berasa terpegun dengan Johan kerana dia berani menyatakan
kebenaran berkata tentang menunaikan solat terlebih dahulu kepada Rizwan walau
Rizwan lebih tua daripadanya.
Hatinya bergelora sebentar.
Merasa sangat tabik pada Johan.
“Dahlah dia berpuasa. Dia
seorang je lelaki yang berpuasa hari ini. Nasib baik aku ada teman. Kalau tak,
aku pun termakan sama dengan diorang. Amat jarang jumpa lelaki sepertinya
apetah lagi antara orang multimedia. Bukan selalu bagi dirinya menjumpai
seorang lelaki yang berpuasa semasa seminar pagi hingga petang di kala tiada
seorang pun yang berpuasa. Kerana itu, Humairah terpegun dengan Johan. Selain
itu, bagi dirinya lelaki seperti itu hanya boleh didapati dalam kalangan orang
medik di universitinya kerana PMIUM dahulu, majoriti pimpinan lelaki daripada
kos medik.” Hatinya bermonolog. Sangat terpegun dengan sikap Johan.
“Beruntunglah kalau dia memilih
aku.” Hatinya tersentuh secara tiba-tiba kerana teringat sewaktu sahabat
facebooknya membuat status,
“Saya suka dia..walaupun dia
berniqab, dia tidak pernah mengupload gambarnya di fb.”
“Apa lagi ustaz, pinanglah.”
Humairah memberi komen.
“Saya beruntung jika dia
memilih saya.” Humairah Like.
Hatinya bergelora sebentar
mengingatkan tentang peristiwa Johan dan Rizwan. Membuatkan dia ingin mula
mengkuburkan seseorang bernama ‘Rasyid’ dan membuka lembaran baru.
“Diketuk cinta.” Humairah
tersenyum.
“Astagfirullah al azim. Ini
semua bisikan syaitan.”
Selepas itu, mereka pun pulang
ke rumah masing-masing.
****
Pada keesokan harinya, dia dan
rakan sepejabatnya menyambung seminarnya itu untuk hari yang kedua dan
terakhir. Seperti biasa, mereka berkumpul di syarikat terlebih dahulu dan
bergerak bersama-sama. Malangnya, salah seorang daripada pekerja mempunyai masalah
kereta dan mereka terpaksa menunggu dia dan bergerak bersama-sama. Johan dan
Kamal sudahpun bergerak terlebih dahulu. Akhirnya, salah seorang daripada
mereka mengambil pekerja itu untuk tumpang bersama dan mereka beransur ke
Putrajaya bersama-sama.
Kelihatan kereta Kamal sudah
sampai namun kelibat Johan dan rakannya itu tidak kelihatan.
“Barangkali mereka sudah masuk
ke bilik seminar.” Humairah mengagak.
Mereka semua turun dan beransur
ke bilik seminar. Tidak lama kemudian, kelibat Johan dan Kamal kelihatan tidak
jauh daripada lif yang mereka turun.
“Ingatkan dah masuk.” Humairah
bermonolog.
Pantas dia mengalih pandangan
daripada memandang Johan. Takut berdegup hatinya dengan ketukan cinta yang
hanya bersifat sementara.
Seminar diteruskan dengan
sambungan tentang teknik SCAMPER dan aktiviti berkumpulan. Rizwan meminta maaf
kepada pihak pengurusan kerana mereka datang lambat disebabkan dia mempunyai
masalah kereta. Mujurlah pihak pengurusan tidak begitu marah. Serba salah
juga Humairah dibuatnya walau dia bukan supervisor tetapi kerana mereka adalah
kumpulan teramai dalam seminar itu jadi seminar tidak dijalankan selagi kami
tidak berada dalam seminar itu.
Pada pukul 10.30 pagi, mereka
dibenarkan untuk mengambil sarapan pagi dan membawanya ke bilik seminar untuk
menyambung slot pagi itu kerana rancangan sudah lari daripada jadual yang
ditetapkan.
Humairah gembira kerana dapat
makan percuma.
“Jimat duit.” Monolog hatinya
dan tersenyum.
Makanan sarapan pagi yang
dihidangkan pagi itu adalah, popia, roti gulung bercoklat (kegemaran Humairah)
dan roti bertuna. Humairah mengamati rotinya.
Di tempat dia dan Zulaikha
mengambil makanan, dia terserempak dengan Johan.
“Dia pun tak puasa hari ini.”
Humairah tersenyum.
Seminar disambung. Humairah
membawa masuk 2 roti bertuna dan roti gulung bercoklat dan 4 popia. Kenyang
perutnya memakan makanan itu apetah lagi dia meminum secawan kopi. Memulas
perutnya di pagi itu.
Apabila tiba masa makan tengah
hari, Humairah kurang selera makan kerana masih kenyang dengan sarapan pagi tadi.
Dia lebih banyak mengambil tembikai susu yang merupakan buah-buahan
kegemarannya dan tembikai biasa. Makanan tengah hari pada hari itu agak menarik
dengan kari ayam, sayur campur dan lain-lain. Namun Humairah hanya mengambil
sayur campur dengan cendawan.
Dalam dia dan rakan-rakan
sedang makan, tiba-tiba Johan datang ke meja makan mereka untuk mengambil
gambar.
Seusai dia mengambil gambar.
“Eleh, dia nak ambil gambar
Humairah, ambil gambar semua pulak. Nak cover lah tu.” Zulaikha mengusik.
“Amende sume ni!” Humairah
hanya berlagak biasa sedangkan hatinya berdegup kencang.
Perutnya terlalu kenyang
membuatkan dia tidak dapat menghabiskan makanannya. Untuk mereleasekan senak
pada perutnya, dia meminjam kamera DLSR Zulaikha dan mengambil gambar
bangunan di Putrajaya pada balkoni itu kerana semalam, dia cemburu melihat
Johan menangkap gambar di sana oleh sebab dia tertinggal kameranya.
Lens berjarak dekat yang ada
pada kamera DSLR Zulaikha mengehadkan Humairah untuk mengambil gambar jarak
jauh di balkoni itu membuatkan di tidak berasa puas hati dengan hasil kliknya.
Selepas itu, dia kembali ke meja makan dan mengajak Zulaikha menunaikan solat
Zuhur.
Pada pukul 2 petang, seminar
disambung lagi dengan acara penutup daripada pihak penganjur. Sebelum bersurai,
mereka diajak untuk mengambil gambar semua peserta yang ada.
Setelah bersurai, semua rakan
kerja Humairah pulang ke rumah masing-masing. Terlebih dahulu, Humairah dan
Zulaikha menunggu rakan mereka Gina, Kulan dan Fizi. Dalam bangunan itu
terdapat satu tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Oleh sebab Humairah
memegang kamera Zulaikha, dia meminjam kamera itu untuk mengambil gambar
berkonsep nature dalam tempat itu. Di belakangnya, kelihatan Johan dan Kamal
mengikuti mereka daripada belakang. Humairah mula risau jika mereka akan
menghampiri dan malangnya sangkaannya tepat kerana mereka juga menunggu Kulan
dan Fizi.
Setelah Humairah dan Zulaikha
pergi ke pintu masuk tempat itu, Humairah mengambil gambar sekuntum bunga putih
yang ada di situ. Dia tidak pasti bunga itu bunga apa.
Tidak lama kemudian, dia
terlihat Johan mengetuk-ngetuk pintu tempat itu dan tersenyum pada orang di
dalamnnya, iaitu Humairah dan Zulaikha. Humairah hanya tersenyum melihat
kerenahnya. Kelihatan dia seorang yang flexible. Bukan bermakna dia seorang
yang mudah mesra dengan perempuan tetapi sekadar memberikan senyuman biasa.
“Gina, kau kat mana?” Zulaikha
menelefon Gina.
“Aku dah ada kat parking.” Gina
menjawab.
“Lah, yeke? Kitorang tunggu kau
kat dalam ni. Oklah, kitorang gerak.”
“Diorang dah kat kereta.”
Zulaikha memberitahu Gina, Kulan dan Fizi sudah berada di parking kereta.
Humairah dan Zulaikha pun
bergerak ke tempat parking dan mereka juga Johan dan Kamal beransur pulang.
Dengan itu, mungkin kali terakhir dia akan berjumpa dengan Johan kerana dia
tidak pernah nampak Johan di syarikat sebelum ini.
****
Sengaja dialunkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC dan Humairah menghayatinya.
Sengaja dialunkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC dan Humairah menghayatinya.
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
Hatinya berbunga mengingati
Johan. Peribadinya membuatkan hatinya tertarik apetah lagi dengan rupa Johan
yang tidak kurang hensemnya namun Humairah terdetik dengan rasa bersalah pada
Allah.
“Aku tidak patut berasa begini.
Aku tidak patut mencemarkan hati ini untuk noda cinta dunia yang sementara yang
tidak menjanjikan bahagia dan hanya akan membuatkan aku kecewa. Aku tidak mahu
lagi mata ini mengalirkan air mata kerana seorang lelaki yang belum tentu
menjadi milikku. Aku tidak patut. Aku tak nak ya Allah.” Bercucuran air mata
Humairah menitis sedikit demi sedikit. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Cukuplah dahulu, dia pernah mengalirkan air mata yang sia-sia hanya kerana
dikecewakan oleh lelaki yang dicintainya.
Namun, ia mengajar Humairah
untuk lebih berhati-hati.
“Aku masih ada tanggungjawab
lain yang lebih penting daripada ini. Aku masih seorang pelajar. Aku tidak
patut mempunyai perasaan sebegini.”
Memang, tidak dinafikan,
seorang wanita solehah tidak patut mudah terjatuh hati pada seseorang yang
belum tentu jadi miliknya namun wanita merupakan makhluk Allah yang mempunyai
hati yang sangat lembut, oleh sebab itulah ia mudah lemah. Teringat Humairah
akan post blog tentang ‘Wahai orang yang hati yang lembut hatinya’ daripada AkuIslam.com;
------------------------
Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku..
Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu
menemaniku..
Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu..
Aku tak berani ungkapkan rasa itu..
Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu
untukmu..
Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,
aku akan tetap menunggu…
Wahai orang yang lembut hatinya..
Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap
segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. Saat kau baca coretan
ini, anggaplah aku ada di hadapanmu dan menangis, kerana rasa kasihku padamu.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira.
Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua.
Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. Pertama kali
pertemuan itu telah buat aku suka padamu.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Walaupun kau tak sesempurna harap, namun entahlah aku
tertarik padamu. Hati ini tak mungkin dapat berbohong rasa ini walaupun aku
hanya mampu menyimpan dihatiku
Namun hadirmu selalu ku tunggu.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa
sendirian tiada memiliki sesiapa, kecuali Allah. Kaulah orang pertama datang
memberikan ku rasa simpatimu dan kasih sayangmu. Aku tahu kau telah menitiskan
airmata untukku ketika orang lain tidak mempedulikan ku..
Wahai orang yang lembut hatinya..
Ketika orang-orang disekitar ku tidak peduli dan bosan
dengan apa yang menimpa diriku, tetapi kau tidak. Kerana orang yang ikhlas
tidak pernah mahu mengingat kebajikan yang telah dilakukannya. Aku hanya ingin
mengungkapkan apa yang saat ini berada dalam jiwa…
Wahai orang yang lembut hatinya..
Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu.
Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada
terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak layak mencintaimu tetapi apa
yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif seperti ku ini.
Wahai Orang yang lembut hatinya..
Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam
dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh
penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum
pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. Aku
tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata yang tercoret
dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa, moga Allah mengampuni.
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti.
Semoga Allah memperkenankan doaku.
Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah
orang tidak menyukainya, maafkan aku..
Ku harap kasih sayangmu dapat menyembuhkan luka ku. Ku harap
kesetiaanmu akan kekal terpatri dalam jiwamu, walaupun aku masih ragu akan
semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini..
------
Usia Humairah juga peribadinya
yang masih belum bersedia menjadi seorang isteri juga membuatkan dia harus
fikir tentang perkara lain selain daripada cinta kerana dia pasti itu bukan
cinta tetapi hanya sekadar perasaan suka dan terpegun dengan peribadi seorang
lelaki yang boleh menjadi salah satu ciri-ciri lelaki idamannya.
·
Suka fotografi
·
Masih berpuasa dalam khalayak ramai yang sedang makan (sebab
biasanya seseorang itu mungkin membuka puasanya apatah lagi jika hanya berpuasa
sunat)
·
Solat lima waktu
·
Menjaga ikhtilat
=Rockers2 jugak solat kena jaga
Namun, pastinya Humairah juga
wanita yang berusaha menjadi solehah mahu bersuamikan lelaki yang juga berusaha
menjadi soleh.
Humairah membuka muka bukunya
dan terjumpa doa berkaitan jodoh lantas dia menadah tangan seusai solat Isyak
dan berdoa..
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri
(dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
(Surah Anbiya: 89)
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat
keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa
permohonan".(Surah Al Imran: 38)
“Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang
inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan
gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh)dengan
kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik
pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya".
Dalam hati yang runtun juga keletihan badan dia mengalunkan lagu 'Atas Nama Cinta' - UNIC...dan dia terlelap.
*****
Humairah datang ke pejabat
seperti biasa pada pagi itu. Matanya sedikit bengkak dan mukanya tidak begitu
ceria. Bukan fizikalnya tidak ceria tetapi hatinya yang lara.
“Humairah, aku tengok kau ni
macam tak sihat pagi ni. Kau penat sangat ke lepas seminar dua hari yang lepas?
Kalau penat, ambillah cuti. Take an enough rest then baru fresh kerja kau
nanti. Kalau tak nanti, kau buat kerja tak berkualiti kena leter dengan Rizwan.
Buat multimedia job bukan sesuatu yang mudah dan ringan.” Fiza, rakan sekerja
berdekatan departmentnya menegur Humairah setelah selisih di bilik minuman.
“Eh, tiada pape, aku ok je.
Mungkin tak cukup tidur. Biasalah tu. Multimedia job kena tough fizikal dan
mental. Chill je k. By the way, terima kasih concern kau. Aku terharu ni.”
Humairah berseloroh dan gelak ketawa mereka memecah di bilik minuman.
“Kau ni, ada-ada je. Kalau kau
nak apa-apa, panggil je aku. Ok? Takut dan risau juga kalau-kalau kau pengsan.”
Fiza prihatin dengan rakan sekerja yang menyenangkannya itu.
Humairah tersenyum. Dia
meletakkan beg tangan dan meletakkan telefon bimbitnya di tepi meja kerjanya.
Punat power cpunya dibuka untuk memulakan kerjanya. Storyboard sudahpun
disiapkan. Hanya perlu menyiapkan beberapa keeping storyboard lagi sebelum
meneruskan produksi animasi Kempen Nyamuk Aedes selama 5 minit.
Seketika kemudian, Rizwan
datang ke mejanya.
“Assalammualaikum” Rizwan
memulakan bicara.
“Waalaikumussalam” Humairah
menjawab.
“Awak dah siapkan storyboard?”
“Asif jiddan, saya baru nak
mulakan sekarang.”
“Tiada apa-apa, deadline masih
mengizinkan. Saya harap kita boleh habiskan hari ini. Hari itu, saya sudahpun
buat storyline in words kan? Nanti awak tinggal buat storyboard dengan
berpandukan storyline tu ye. Kalau boleh, petang ini saya nak awak siapkan.”
“Baiklah, insyaAllah.”
Humairah mengambil kertas
contengan perbicaraaan dia dan Rizwan tempoh hari tentang storyboard itu dan
mula melukis.
“Assalammualaikum” Tegur Fiza.
“Waalaikumussalam” Humairah
menjawab dan menoleh.
“Dah lunch. Jom makan.” Fiza
mengajak.
“Maaf,berpuasa.”
“Oh ye ke? Maaf. Hmm..nampaknya
hari ini aku makan soranglah.” Fiza menunjukkan muka sedih.
Humairah berasa bersalah dan
mengajak Fiza makan tengah hari. Sekadar meneman Fiza.
“Tapi, takpe ke aku makan, kau
tengok je. Nanti meliur pulak, aku pun rasa serba salah.”
“Eh, takpe, aku pun nak
releasekan diri daripada kerja ni jap, kalau tak tepu otak aku. Nak relax
seketika. Mana tahu tengok kau makan pun dah wat aku release.” Senyuman di
bibir Humairah terukir.
Oleh sebab Humairah perlu menyiapkan
storyboardnya dalam masa terdekat, dia mengajak Fiza ke restoran Al-Fateh yang
berhadapan dengan pejabat mereka.
“Aku duduk sana, kau pergi
ambil nasi ye.” Humairah mencari tempat untuk mereka duduk sementara Fiza ke
ruang mengambil nasi dan lauk.
“Order?” Pelayan di situ
mengambil pesanan.
“Nanti dulu.” Humairah meminta
pelayan itu datang kemudian.
“Wah, lauk hari ini memang
faveretlah!” Excited Fiza tengok makanan kegemarannya.
Humairah tersenyum melihat
gelagat Fiza yang mencuit hatinya. Lapang sedikit fikirannya berada di luar
tempat kerja.
Sesudah itu mereka kembali ke
tempat kerja setelah menunaikan solat Zuhur di surau berdekatan. Surau pejabat
tidak begitu selesa pada diri Humairah apetah lagi, pasti sekarang ramai orang
yang berada dalam surau itu, oleh sebab itu dia mengajak Fiza solat di surau
Al-Amin yang berada tidak jauh daripada situ.
Seusai mereka menunaikan solat,
mereka masuk ke tempat kerja semula. Di pintu masuk pejabat, pandangan Humairah
terpaku pada sekujur tubuh yang dikenalinya.
“Assalammualaikum.” Dia
memberikan salam.
“Waalaikumussalam.” Humairah
sekadar tersenyum tetapi hanya Allah yang tahu betapa hatinya berdegup bertemu
dengan orang yang dia berharap dia akan bertemu.
“Pertama kali nampak di pejabat
ini.” Humairah memulakan bicara.
“Ya, sama juga.” Dia hanya
tersenyum.
“Baiklah, saya masuk kerja
dahulu. Assalammualaikum.” Johan mengundurkan diri.
“Waalaikumussalam.”
“Hmm..” Humairah mengeluh.
Fiza hanya memerhatikan mereka
berdua dan memberikan senyuman kepada Johan setelah mereka terserempak di situ.
“Lain macam je.” Fiza mengusik.
“Hmm? Lain macam? Memandai
jelah kau tu. Mana ada pape. Aku baru kenal dengan dia masa seminar hari itu.”
“Oh.” Fiza memberikan senyuman
sinis.
“Aku naik dahulu ye, aku perlu
siapkan storyboard tu secepat mungkin.” Humairah berlalu naik ke atas. Sengaja
dia berbuat begitu untuk menyembunyikan reaksinya.
“Ok.”
*****
Majlis walimah kali ini di
Melaka. Humairah dan Atiyah menjadi jurufoto untuk majlis itu. Mereka
memulakan bisnes fotografi majlis walimah bersama secara part time bagi mengisi
masa lapang di kala hari minggu setelah Humairah tamat praktikal dan menunggu
majlis konvokesyennya.
“Humairah!” Tasnim memanggil nama
Humairah. Seronok dia berjumpa sahabat baiknya yang sudah lama tidak
ditemuinya.
Humairah menoleh.
“Tasnim! Ya Allah. Berjumpa
kita di sini. Subhanallah. Dah lama tak jumpa. Rindu sangat.” Humairah memeluk
sahabatnya itu. Melepaskan rindu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Tasnim
setelah berpisah di kolej matrikulasi dahulu.
“Awak datang sini majlis
walimah siapa?”
“Oh, ini saudara lelaki saya.
Awak?”
“Saya jadi photographer. Buat
bisnes fotografi majlis walimah. Krew saya semuanya muslimah. Alhamdulillah,
banyak demand. Buat part time je.”
“Oh yeke, bagusnya. Saya baru
balik daripada Australia. Ambik Master In Phsychology.”
“Wah, bagusnya. Australia.
Tempat impian saya tu.” Tiba-tiba Humairah teringatkan Hassan.
“Baiklah saya kena masuk dahulu
ye, sebentar lagi majlis nikah akan dimulakan, perlu ambil gambar. By the way,
boleh awak bagi nombor awak? Nanti boleh contact-contact, kita keluar sama
nak?” Humairah mengambil telefon bimbitnya.
“Baiklah, saya undur diri
dahulu ye.” Humairah meminta untuk mengundurkan diri dan bersalaman dengan
Tasnim. Walau dia rindu pada sahabatnya itu namun dia perlu laksanakan
tanggungjawabnya sebagai jurufoto pada hari itu.
Humairah membuka kasutnya untuk
masuk ke rumah pengantin. Ketika itu, seorang lelaki cuba untuk menyarungkan
kaki pada kasut coklat milik lelaki. Humairah menoleh ke atas. Terlihat sekujur
tubuh berbaju melayu putih, bersongkok hitam dan bersamping.
Humairah terkejut.
“Aaawak...nikah?”
Tergagap-gagap Humairah mengungkapnya.
Dia hanya tersenyum.
DUP!
Humairah terus keluar daripada
rumah itu dan mengeluarkan kunci kereta. Dia memacu laju keretanya ke rumah dan
terus masuk ke bilik. Dia memberi Atiyah sms mengatakan dia ada hal kecemasan.
“Assalam, Atiyah, maaf, saya
ada hal kecemasan, tak dapat tangkap gambar, harap awak dapat settlekan. Maaf
sangat-sangat.”
“Wassalamun alaik. Huhh? Yeke?
Harap awak ok je. Take your rest okay? Jangan risau, saya akan settlekan urusan
di sini. Nanti saya helo-helo awak ye. Barakallahu fiki.”
Hancur hati Humairah apabila
mengetahui Johan yang menjadi pengantin pada hari itu. Dia tidak dapat
menyembunyikan perasaannya lagi. Dia sebak. Sekali lagi hatinya kecewa dan
menangis kerana seorang lelaki yang sudah bernikah dan memulakan hidup baru
dengan orang lain. Sangat perit hatinya menerima takdir ini setelah Rasyid.
Matanya bengkak setelah
menangis semahu-mahunya. Dia tiada selera untuk makan pada malam itu walaupun
dipujuk oleh ibunya. Puas ibunya meminta dia membuka pintu namun dia masih
berdegil. Dia tidak mahu ibunya melihat keadaan itu. Ibunya tidak dapat mengagak
apakah yang telah berlaku kepada anak gadisnya itu tetapi ibunya pasti
peristiwa seperti Rasyid berlaku lagi. Ibunya mula risau.
Hampir seminggu Humairah tidak
datang ke kerja. Fiza dan Rizwan sudah banyak kali cuba menghubunginya tetapi
sambungannya dimatikan. Sengaja Humairah menutup telefon bimbitnya.
Trut Trut, Trut Trut!
Nada dering telefon rumah
berbunyi. Tiada seorang pun yang tinggal dalam rumah ketika itu membuatkan
Humairah terpaksa mengangkatnya.
“Asssalammualaikum.” Humairah
memberi salam terlebih dahulu.
“Waalaikumussalam. Humairah!
Kenapa dengan kau? Aku telefon dalam seminggu ni kau tak angkat pun. Kau tahu
tak aku risau?!” Bertubi-tubi soalan Fiza terhadap Humairah. Dia risau akan
Humairah. Takut kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku padanya.
“Hmm..maaf Fiza, ada sesuatu
yang berlaku dan aku tak dapat nak jelaskan sekarang. Aku perlukan masa. Nanti
aku dah ok, aku akan telefon kau ok? Jangan risau ye. Aku letak dahulu.”
Ganggang diletak tanpa respon daripada Fiza terlebih dahulu.
Humairah betul-betul perlukan
masa, dugaannya kali ini sangat hebat berbanding Rasyid dahulu.
*****
Humairah meletakkan jawatan di
syarikatnya dan berhijrah ke Australia untuk melupakan peristiwa itu. Dia tidak
sanggup bekerja satu bangunan dengan Johan, lelaki yang pernah dicintainya yang
telahpun menjadi milik orang. Dia mahu mengasingkan diri daripada suasana yang
akan mengingatkan dia kepada Johan.
Suatu hari, ibunya
menelefonnya.
“Assalammualaikum anak ibu yang
sorang ni. Sihat ke kat sana? Ibu rindu pada kamu.”
“Wassalamun alaik.
Alhamdulillah, Humairah sihat je. Ye ke? Humairah pun rindu ibu. Ibu sihat?
Ayah bagaimana?”
“Alhamdulillah ibu dan ayah
sihat sahaja Cuma kami tak sihat kerana rindukan gelak tawa Humairah di sini.
Bila kamu nak balik? Dah 6 bulan kamu di sana.”
“Baru 6 bulan.” Humairah
tersenyum.
“Tak rindu ibu ke? Kecik hati.”
Gelak tawa mereka memecah perbualan mereka
“Haha, mestilah Humairah rindu.
Saja nak buat surprise. InsyaAllah sedikit masa lagi Humairah balik.”
“Jangan nak surprise sangat
ye.” Ibunya memesan keras. Masak dengan perangai Humairah yang suka memberikan
kejutan padanya.
“Haha” Humairah hanya tergelak.
“Ibu nak cakap sesuatu ni.”
“Apa dia?”
“Tadi, ada seorang lelaki ingin
melamar kamu.”
“Huhh??” Humairah terkejut.
“Iye, ibu tak tipu. Jadi ibu
nak tanya pendapat kamu. Ibu lihat baik dan soleh orangnya. Menyenangkan hati,
sedap mata memandang.”
“Hmm” Humairah mengeluh, dia
tidak merasakan sudah sampai masanya untuk berumah tangga apetah lagi hatinya
masih belum terubat dengan kisah lalu.
“Humairah ikut je kata ibu dan
ayah. Kalau ibu ayah suka, Humairah terima.” Humairah mengucapkannya tanpa kerelaan
di hatinya. Mungkin itulah saatnya dia perlu membuka hati, lembaran baru untuk
seseorang yang halal baginya.
“Betul ke nih? Kamu takde
calon?” ibunya mendapatkan kepastian.
“Calon? Dah kena kebas.”
Humairah tergelak kecil.
“Main-main pulak budak ni.”
“Haha takde ibu. Sapelah nak
kat anak ibu ni.”
“kalau macam itu, baiklah. Ibu
dan ayah memang suka pada dia. Dia pun ada kerjaya yang dapat menjamin anak ibu
yang priceless ni tetapi kamu balik bila? Kami berhajat nak buat majlis
pernikahan dan persandingan terus. Ibu dan ayah tak suka kamu bertunang, apetah
lagi kamu masih belajar di luar negara.”
“Ibu dan ayah lebih tahu apa
yang terbaik untuk Humairah. Segalanya Humairah serahkan kepada kalian berdua.
Humairah ada sem break selama 3 bulan Bermula bulan depan. 3 hari lagi Humairah
balik.”
“Oh baguslah. Kalau macam itu,
kita akan buat majlis pernikahan dan persandingan sebulan setengah daripada
sekarang.”
“Alrite! Semoga dia yang
terbaik dan saya yang terbaik untuk dia.” Humairah mengakhiri perbualan mereka.
“InsyaAllah.”
*****
Berdenyut-denyut hatinya ketika
itu. Sehingga hari pernikahan mereka, Humairah masih tidak mengetahui siapakah
lelaki itu. Ibu dan ayahnya juga merahsiakannya. Pelik, entah kenapa perlu
dibuat begitu namun Humairah tidak bertanya dengan lebih lanjut. Hanya menurut
apa yang dirancang oleh ibu dan ayahnya.
Dia sudahpun berada di atas
alas pernikahannya. Tidak lama kemudian, lelaki yang akan menjadi suami pada
dirinya muncul namun Humairah tidak dapat melihat wajahnya kerana lelaki itu membelakangkan
dirinya menghadap tok kadi.
Berdegup hatinya tatkala
mendengar,
“Aku terima nikah dengan Humairah binti Aziz dengan mas
kahwinnya sebanyak RM 200 tunai”
Alhamdulillah, kini dia
sudahpun bergelar isteri kepada lelaki itu. Sejurus kemudian, dia melihat
lelaki itu ke kamar solat untuk menunaikan solat sunat. Tidak lama kemudian,
acara menyarungkan cincin dimulakan. Lelaki itu membongkokkan dirinya dan duduk
di hadapan Humairah.
Humairah terkejut namun lelaki
itu hanya bersikap santai dan tersenyum melihat wajah Humairah. Gadis yang
diimpikan sejak pertama kali bertemu di seminar itu dan akhirnya kini telah sah
menjadi isterinya.
Humairah sangat gembira dalam
kejutan itu. Dia tidak menyangka ia akan berlaku. Johan, suatu ketika dahulu
pernah dia kagumi peribadinya menjadi suaminya. Dia mula pelik dengan peristiwa
pertemuannya di majlis walimah itu dan dia menyimpan persoalan itu dan
menikmati acara penyarungan cincin itu.
Tangan Johan diciumnya tetapi
Johan menolak untuk mencium dahi isterinya di khalayak ramai. Saudara
sekelilingnya riuh rendah mahu melihat Johan mencium dahi isterinya tetapi
Johan terus membawa Humairah bangun. Dia ingin menjaga isterinya daripada
dinoda di hadapan khalayak ramai.
Seusai majlis walimah mereka
selesai.
“Awak tipu eh?” Humairah
inginkan penjelasan tentang pertemuannya di majlis walimah itu.
“Tipu apa? Tak buat pape pun.
Awak yang lari sebelum sempat saya habiskan kata-kata.”
Humairah memuncung.
“Ok, fine. Tetapi kenapa tak
jelaskan?”
Johan hanya tersenyum. Dia
amati wajah isterinya. Kening yang nipis, hidung yang kecil tetapi comel. Bibir
semerah buah delima. Seseorang yang telah halal baginya. Sudah lama dia
mengimpikan suasana itu setelah pertama kali bertemu dengan Humairah di seminar
itu.
“Tengok tu! Buat makna tersirat
betul. Mana tak buat orang konpius. Awak jahat!” Humairah mencubit tangan
Johan.
Johan hanya tersenyum melihat
gelagat Humairah. Dia hanya merenung lama wajah isterinya.
“Jangan nak renung sangatlah
kan!” Humairah geram dan terus berpusing ingin keluar daripada bilik itu.
Johan menarik tangannya
isterinya dan mendakap Humairah.
“Biarkanlah saya merenung wajah
awak tu. Dah lama saya mengimpikannya. Biarlah saya mendakap awak sebentar.
Awak sudahpun menjadi yang halal untuk saya membuat semua ini.”
Merah pipi Humairah mendengar
bisikan lembuat suaminya di telinganya. Dia membiarkan dirinya berada dalam
dakapan Johan. Gembira.
“Dalam hati ada taman.”
Tidak sangka lelaki yang
dikaguminya menjadi miliknya. Humairah teringat bacaan mukabukunya.
-----
Secebis kisah Saidina Ali dan
Saidatina Fatimah Az-Zahra..
Usai mereka bernikah..
Fatimah ada mengatakan kepada suaminya (Saidina Ali)..
"Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..
Dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali:
"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"
Maka jawab Fatimah:
"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."
Usai mereka bernikah..
Fatimah ada mengatakan kepada suaminya (Saidina Ali)..
"Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..
Dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali:
"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"
Maka jawab Fatimah:
"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."
-----
“Awak!” Humairah memanggil
Johan.
“Hmm~” Johan menyahut.
“Saya nak buat confession ni.”
Humairah memancing perhatian suaminya.
Johan memusing badan isterinya
menghadapnya.
“Apa dia?”
Humairah tersenyum.
“Awak nak tahu tak, saya kagum
dengan peribadi awak masa bertemu dengan awak di seminar tu. Selama saya hidup,
saya rasa itulah kali pertama saya jumpa lelaki yang berpuasa dan masih
pertahankan puasanya walau semua orang di sekelilingnya tidak berpuasa dan
tengah makan. Kan masa tu, dalam dewan makan tu semua makan. Cuma awak dengan
saya je yang berpuasa. Frankly, kalau ikut hati memang saya tak nak puasa hari
itu, tetapi sahabat saya telah memberi dorongan kepada saya agar saya tetap
pertahankan puasa saya ketika itu. Apetah lagi apabila saya tahu awak pun
berpuasa time tu. Lagilah saya bersemangat nak puasa. Saya cakap kat hati saya,
aku ada teman rupanya berpuasa hari ini yang membuatkan saya lega dan ia
mendorong saya agar terus pertahankan puasa saya.” Humairah meluahkan rahsia
yang disimpannya selama ini. Dia pernah mengatakan kepada dirinya, andai dia
berkahwin dengan Johan, barulah dia akan memberitahu perkara itu. Lega dia
dapat meluahkan rahsia itu kepada pemiliknya.
Johan hanya tersenyum.
“Saya pun.”
“Huhh?” Humairah tidak mengerti
maksud Johan.
“Yela, samalah. Itulah kali
pertama saya jumpa perempuan yang pertahankan puasanya terutamanya apabila
berada dalam kalangan orang yang sedang makan. Mestilah saya kagum. Amat jarang
saya jumpa perempuan seperti itu sekarang. Yang mana bagi saya, ia merupakan
mujahadah yang agak berat. Saya terfikir juga sama ada time tu nak puasa atau
tak tetapi apa yang saya fikirkan adalah makanan tu semua hanya kepentingan
dunia, takde manfaat di Akhirat tetapi puasa itulah yang akan menjadi timbangan
amal soleh ketika dihisab nanti.”
Humairah tersenyum. Gembira
hatinya mendengar luahan suaminya.
“Lagi satu, saya suka awak
mungkin sebab awak ada hobi yang sama dengan saya iaitu fotografi. Saya rasa
saya pernah nampak kamera awak kat kampus dahulu tetapi saya tak cam sama ada
itu awak atau tidak.”
“Oh yeke? Saya pun tak perasan.
Tidak mengapalah, yang saya tahu sekarang, wanita impian saya menjadi milik
yang halal bagi saya. Alhamdulillah.”
Mereka bersama mengucapkan
syukur atas takdir-Nya yang telah ditetapkan. Sungguh Humairah tidak menyangka
lelaki impiannya itu menjadi miliknya.
“Dialah pemilik tulang rusukku
yang telah tercatat di Luh Mahfuz selama ini. Terima kasih Allah.” Humairah
bermonolog dan tersenyum memandang suaminya. Lama dia merenung suaminya.
Johan mengajak Humairah duduk
di sebelahnya.
“Jom duduk. Abang penat.”
“Sape suruh dia berdiri.”
Humairah berseloroh.
“Oh, pandai eh!” Johan mencuit
hidung Humairah.
“Tentang pertemuan di majlis
walimah tu, abang saje nak test. Abang nak tahu sayang rasa apa bila abang buat
macam tu.”
“Perlu ke?”
“Mestilah! Abang mana dapat
baca apa yang sayang rasa. Sebab tu abang buat macam tu. Kalau sayang tak lari
macam tu, abang tahulah apa yang sayang rasa dan Alhamdulillah, as I expected.”
Johan mengenyitkan mata.
“Awak jejahat!” Humairah
memukul manja paha suaminya.
“Time sayang dok nangis
seminggu tu pun, frankly, abang jumpa ibu dan ayah sayang kat luar. Abang
dapatkan contact daripada Fiza.”
“Oh, pandai eh. Komplot!”
“Untuk sayang jugak.” Johan
mengukir senyuman.
“Pastu ibu ayah sayang pun
ceritalah pasal Rasyid. Pasal sayang dok nangis cam budak kecik selama seminggu
then terus berhenti kerja tanpa sebab. Fiza dan rakan sekerja sayang pun tak
dapat hubungi sayang. Mesti hebat kan pinangan cinta abang kat sayang.” Johan
senyum nakal.
Pipi Humairah merona merah.
Malu mengenangnya semula hanya kerana menangis, menahan jiwa yang lara.
“Then, abang bincanglah terus
dengan ibu ayah sayang tentang pernikahan ni. Mereka minta abang tunggu
sehingga sayang nampak kembali o.k since sebab abang, sayang berhenti kerja sebab
tak nak terjumpa dengan abang dan terus terbang ke luar negara. So, abang
hormati keputusan tu. Meanwhile, boleh abang kerja, kumpul duit untuk kahwin.
Alhamdulillah Allah permudahkan. Kahwin kan murahkan rezeki.” Johan
mengenyitkan mata.
“Bila sampai waktunya, abang
pun terus propose minta nikah terus. Abang tak nak kehilangan sayang. Abang
takut ada orang yang book sayang dulu nanti abang terlepas. Nanti abang pula
yang jadi macam sayang. Papa dengan mama pun setuju. Then ibu ayah dan papa
mama abang bincang dan susun strategi. Itu sebab ibu ayah sayang rahsiakan.
Abang pun risau juga kalau-kalau sayang tolak sebab masa tu kan sayang tak tahu
itu abang. Bila nak nikah baru sayang tahu. Terima kasih kerana menerima abang,
abang beruntung dapat Humairah menjadi suri hidup abang.”
Humairah menguntumkan senyuman.
Terharu mendengar luahan hati suaminya itu.
“Takdelah, saya yang beruntung
dapat awak. Awak independent, tak mengharap duit orang lain untuk berkahwin
dengan saya. Bagi saya, awak seorang lelaki yang bertanggungjawab. Susah payah
awak bekerja untuk berkahwin dengan saya yang membuat saya terharu sebab awak
sanggup tunggu 6 bulan meanwhile awak bekerja untuk dapatkan duit. Saya
tabiklah kat awak! Ni buat saya makin sayang ni.” Humairah tergelak kecil.
Johan mencubit pipi Humairah.
“Tapi kan awak, saya ni tak
reti masak. Saya beruntung dapat awak tetapi mungkin awak tak beruntung dapat
saya. Mestilah suami suka isteri yang reti masak.” Humairah menundukkan
mukanya. Dia berasa bersalah dengan Johan kerana pasti setiap suami mendambakan
isteri yang pandai memasak kerana ia ibarat petua memikat hati suami.
Johan mengangkat dagu isterinya
agar memandangnya.
“Sayang, itu semua boleh
belajar kan? Macam belajar agama. Sampai mati pun kita tetap akan belajar agama,
ilmu tu kan luas. Sebagaimana sayang nak abang bekerja untuk memberi nafkah
kepada sayang, bagi duit belanja, sebegitulah kita perlu bekerjsama untuk
saling melengkapi. Sayang mula belajar masak dengan ibu dan mama, abang pun
belajar cari duit dengan multiple sumber. O.k?”
Sejuk hatinya Johan memahami
dirinya. Dia rasa bersalah kerana mungkin Johan mengimpikan Humairah yang
perfect dalam segala hal, malangnya dia mungkin tidak seperti yang Johan
harapkan namun ternyata Johan seorang suami yang bertolak ansur dan memahami.
Humairah berazam dia akan belajar masak dengan ibu juga mama Johan nanti agar
saling melengkapi keperluan rumah tangganya.
*****
“Awak..awak..Johan!” Humairah
cuba mengejutkan suaminya.
Sengaja Johan tidak mahu bangun
kerana ingin mendengar Humairah memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.
“Abang! Bangunlah, solat
Tahajjud.” Humairah cuba menarik perhatian suaminya. Janggal rasanya memanggil
Johan dengan gelaran itu walaupun itu adalah kebiasaan bagi mereka yang sudah
berumah tangga.
Sengaja Humairah mengejut Johan
untuk menunaikan solat tahajud apabila dia teringat Hadis Riwayat
Abu Daud berbunyi:
Nabi saw bersabda, “Allah merahmati lelaki yang bangun malam,
menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia
akan merenjiskan air ke muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun
malam, menunaikan solat dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan,
dia akan merenjiskan air ke muka suaminya.”
Johan segera bangun setelah
Humairah memanggilnya dengan gelaran ‘abang’.
“Mengada-ngada!” Lantas Humairah terus bangun daripada katil dan menyediakan tempat solat untuk mereka berdua berjemaah.
“Mengada-ngada!” Lantas Humairah terus bangun daripada katil dan menyediakan tempat solat untuk mereka berdua berjemaah.
Setelah itu, mereka berjemaah
dengan papa dan mama Johan untuk solat Subuh. Humairah mencium tangan papa dan
mama serta Johan. Setelah kembali ke bilik mereka, ketika Humairah memperkemas
dirinya di depan cermin untuk membantu mama menyediakan sarapan pagi, Johan
mengucup rambut Humairah daripada atas dan dahinya.
Humairah tergamam dengan
kelakuan suaminya kerana dia tidak biasa dengan semua itu namun dia biarkan
sahaja Johan duduk di sisinya. Sudah lama dia mendambakan kemesraan daripada
seorang lelaki yang halal baginya iaitu suaminya.
“Saya nak turun bawah, baju
kemeja awak saya dah gosok. Saya sidai di dalam almari. Saya tak tahu awak nak
pakai warna apa hari ini. Nak saya ambilkan?” Humairah sengaja.
Johan membuat mimik muka ingin
dimanjakan.
“Baiklah abangku, sayang ambil
ye. Awak nak pakai baju warna apa?”
“Sayang suka warna apa?”
“Hijau.”
“Tapi abang kan takde warna
hijau. Abang ambil warna putih nanti sayang pakaikan dengan tali leher hijau
hantaran kita tu ye.”
“Baik yang.” Humairah tersenyum
lantas mengambil baju kemeja biru bersama seluar hitam suaminya yang telah
digosok semalam.
“Pantas dan tuntas sayang abang
gosokkan baju kemeja abang.”
“Dah biasa, sayang salu
gosokkan baju ayah.”
“saya turun dahulu ye, nanti
awak biarkan rambut awak tu kusut masai tau.” Humairah mengenyitkan mata.
“La..kenapa pulak?”
“Adalah..nanti awak tahu. Saya
turun dulu ye, nanti saya naik semula pakai kan awak tali leher sebelum awak
sarapan pagi nanti.”
“Ye sayang, pergilah.”
Seusai menolong mamanya,
Humairah naik ke atas. Dia melihat suaminya terlelap di kerusi malas dengan
tafsir di tangannya. Humairah menghampiri muka suaminya. Merenung lama.
“Hensem jugak suami aku ni.
Sampai ada yang kata macam Yusry KRU dan aku Lisa Surihani. Untunglah Yusry dan
Lisa yang tak ori ni bersama.Alhamdulillah.” Humairah bermonolog sendirian.
Humairah bermain-main dengan
kening suaminya sehingga dia terjaga.
“Kacau abang eh..”
Humairah hanya tersenyum. Johan
menggosok-gosok matanya yang mengantuk.
“Sarapan dah siap ke?” Johan
menyoal Humairah.
“Sudah.”
“Dah. Sekarang apa sayang nak
buat kat rambut abang ni?” Curious Johan ingin mengetahuinya.
“Meh sini.” Humairah menarik
tangan suaminya ke meja make up.
“Takde pape, saya saje nak
bermain-main dengan rambut suami saya. Marah ke?”
“Lah? Itu je.”
“Dahulu bila saya sentuh rambut
anak saudara lelaki saya yang kecil tu saya teringin buat untuk suami saya.
Tolong dandankan rambut dia. Jadi hensem.”
“Abis? Saya tak hensem ke?”
“Mestilah hensem. Duduk. Biar
saya dandankan rambut awak hari ini. Bagi kacak!” Humairah mengambil minyak
rambut suaminya dan meletakkannya pada rambut suaminya. Puas dia bermain dengan
rambut Johan.
“Dah. Siap!”
Johan menoleh ke arah cermin.
“Wah! Abang rasa macam yusry
KRU pulak!” Johan tergelak kecil.
“Memang pun, awak kan Yusry KRU
di hati saya!”
“Meh saya pakaikan tali leher.”
Humairah mengambil tali leher berwarna hijau putih dan memakainya pada
suaminya.
“Awak nak tahu tak, dulu saya
tengok kemeja lelaki, saya mesti berniat, bila saya kahwin nanti saya nak beli
untuk suami saya. Nanti saya beli untuk awak ye.” Humairah meluahkan perasaan.
Membuatkan Johan tersenyum mendengarnya.
“Dah jom.” Humairah mengambil
beg bimbit Johan dan menarik tangan suaminya ke bawah untuk sarapan pagi.
“Awak suka roti telur kan? Maaflah
kalau saya buat tak sedap.” Humairah menuangkan air teh dan memberikan Johan 4
keping roti telur.
“Takpe sayang. At least, awak
try kan.” Johan memasukkan roti telur ke dalam mulutnya. Lama dia menikmati
roti itu.
“Not bad. Pandai isteri abang
ambil hati.” Johan memuji Humairah, Humairah lega dan tersenyum.
“Awak balik tengah hari nanti?”
Humairah menghantar Johan di pintu sebelum dia pergi ke tempat kerja.
“Awak nak saya balik ke?”
Sengaja Johan menyoal.
“Mestilah! Rindu.” Humairah
menunjukkan muka serius.
“Yeke?” Johan bergurau dan
tersenyum.
“Ye sayang, nanti abang balik
ye. Tunggu~” Tangannya dialunkan.
Humairah tersenyum.
“Ok. Nanti saya buatkan lauk
kegemaran awak. Spy daripada mama ni.”
“Wah! Lagi buat abang nak
balik!”
“Hmm..” Mereka saling
tersenyum.
Humairah mencium tangan Johan
sebelum dia pergi dan Johan mencium dahi Humairah.
“Terima kasih sayang, cinta
sayang sangat-sangat tau!” Johan mengenyitkan mata.
Humairah hanya memberikan
senyuman mesra kepada suaminya. Malu tetapi dia suka dimanjakan oleh Johan.
Johan melihat banyak fail sudah
bertimbun di mejanya untuk disainkan. Di sudut tepi, terdapat gambar Humairah
ketika di seminar dahulu tempat bermula cinta mereka berputik.
“Terima kasih Allah, kerana
mempermudah aku memilikinya.” Johan memandang ke luar jendela dan merafakkan
kesyukuran. Betapa dia sangat gembira kerana dapat memiliki gadis impiannya.
sumber: ilmi-islam.com
~~~moga terlakar cinta di pintu syurga~~~